Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Pelancaran UTC ke tujuh di Malaysia oleh YAB Perdana Menteri 15 November 2014


Pelancaran UTC ke tujuh di Malaysia oleh Perdana Menteri - Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah. - Foto oleh Alex MairinBangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah. – Foto oleh Alex Mairin

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah pada 15 November 2014, Sabtu ini. UTC Sabah yang terletak di Sembulan telah memulakan operasinya Disember tahun lepas sebagai pusat sehenti yang memudahkan orang ramai berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan persekutuan.


UTC adalah satu usaha Kerajaan bagi menyediakan pelbagai khidmat utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti. Komuniti bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan dan swasta dalam satu bangunan yang pastinya dapat menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke pejabat-pejabat Kerajaan yang lain.




Ia juga merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan melalui kerjasama strategik antara pelbagai agensi kerajaan termasuk penglibatan sektor swasta.

UTC Sabah merupakan UTC ketujuh di Malaysia yang menempatkan 41 agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta pelbagai pusat pembangunan dan aktiviti belia yang ditawarkan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah.



Menerusi UTC, warga setempat boleh membuat pelbagai urusan pembayaran dan perkhidmatan yang disediakan, antaranya Perbadanan Pinjaman Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia, Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Tenaga Manusia (JTM) serta Telekom Malaysia Bhd (TM).



Yang menariknya, di UTC juga turut disediakan perkhidmatan Klinik 1Malaysia yang satu-satunya Klinik 1Malaysia yang menawarkan perkhidmatan dua dalam satu iaitu rawatan pesakit luar dan klinik pergigian.




Perkhidmatan di UTC dibuka setiap hari kecuali cuti am dari 8 pagi hingga 10 malam.


Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi acara tersebut bermula 4 petang di perkarangan Bangunan UTC Sabah di Sembulan. 



Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang termasuklah persembahan oleh Juara AF 2014, Firman dan artis-artis tempatan yangh lain, cabutan tiket bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti sebuah motosikal, home theatre system , telefon mudah alih dan lain-lain.

No comments:

Powered by Blogger.