Budak 5 tahun korban termuda COVID-19 di Sarawak

Picture
Kanak-kanak tersebut yang memiliki komorbiditi obesiti meninggal dunia pada 6 Oktober lalu di Hospital Miri. - Gambar hiasan.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Kanak-kanak 5 tahun korban termuda COVID-19 di Sarawak

KUCHING- Seorang kanak-kanak berusia lima tahun menjadi korban termuda Covid-19 di Sarawak, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, pada Sabtu.

Picture
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, kanak-kanak itu adalah antara 14 kematian yang direkodkan dalam tempoh 30 September hingga 8 Oktober.

Kanak-kanak tersebut yang memiliki komorbiditi obesiti meninggal dunia pada 6 Oktober lalu di Hospital Miri.

Kanak-kanak lelaki yang mengalami masalah berat badan berlebihan disahkan meninggal dunia di Hospital Miri.

“Kes merupakan antara 14 kematian yang dilaporkan di negeri ini bermula 30 September hingga 8 Oktober,” lapor jawatankuasa berkenaan.

"Itu kes kematian termuda di Sarawak setakat ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes kematian lain dalam tempoh sembilan hari itu membabitkan lapan lelaki dan lima wanita berusia antara 41 hingga 89 tahun dengan kesemuanya mempunyai komorbid.

Sementara itu, sebanyak 1,126 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan di negeri ini hari ini dengan 1,116 atau 99.11 peratus daripadanya kategori satu dan dua.

"Sebanyak 10 kes atau 0.89 peratus pula adalah bagi kategori tiga, empat dan lima," katanya.


Daripada jumlah tersebut, lima kes kematian berlaku di luar hospital.

Sarawak merekodkan 1,126 jangkitan baharu dengan 10 kes melibatkan jangkitan kategori 3,4, dan 5.

Kesemua kes ini membabitkan 77 kes aktif, dengan Kuching merekodkan kes tertinggi 315 kes, diikuti Miri 195 kes dan Sibu 117 kes.

Ia menjadikan kes keseluruhan di Sarawak kepada 223,507 kes. - Awani

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.