Tragedi Sampan Terbalik Di Tenom: Mayat Kanak-Kanak 12 Tahun Ditemui

Picture
Pasukan yang diketuai Peter (tengah) berjaya menemui mayat mangsa pertama iaitu seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Mangsa kanak-kanak ditemui, mangsa kedua masih hilang

TENOM: Mangsa kanak-kanak bot karam yang dihanyutkan arus di Kampung Kalandos, Pangi semalam ditemukan lemas di Sungai Padas berhampiran Batu 60, Beaufort petang tadi.

Picture
Anggota mencari dan menyelamat yang membawa mayat Melvin Junaidi yang dipercayai lemas ketika sedang cuba menyeberang Sungai Padas ke rumahnya di Kampung Kalandos, Pangi dijumpai pada petang Khamis. - Foto JBPM.
Menurut Utusan Malaysia, Mayat mangsa, Melvin Junaidi,12, ditemukan oleh orang awam pada pukul 4.45 petang pada jarak kira-kira 33 kilometer daripada lokasi bot mangsa karam.


Penolong Pegawai Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, mayat mangsa dibawa ke Kampung Binunuk, Beaufort untuk proses pengecaman oleh keluarga mangsa.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kedua iaitu Joseph Sayah, 55, akan disambung semula esok.


“Operasi SAR esok bermula daripada Sungai Padas di Beaufort sehingga ke lokasi kejadian di Kampung Kalandos, Pangi.

“Tadi saya bersama pasukan telah melakukan SAR di lokasi mangsa dilaporkan jatuh dan esok pasukan akan memulakan pencarian bermula daripada di Beaufort sehingga ke lokasi kejadian di Pangi, Tenom,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 4.13 petang semalam, kedua-dua mangsa dilaporkan hanyut dibawa arus apabila bot yang mereka naiki terbalik semasa menghampiri tebing Sungai Padas berhampiran Kampung Kalandos, Pangi.


Dua mangsa bersama dua lagi individu yang terselamat dikatakan baru pulang daripada membeli barang keperluan di Pekan Tenom dan semasa dalam perjalanan pulang, bot mereka tiba-tiba terbalik berikutan arus deras.

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.