Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Sabin Samitah telah memaklumkan kepada pengurusan tertinggi LHDN mengenai peletakan jawatannya, menurut sumber. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: CEO Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Sabin Samitah, dikatakan sudah meletak jawatan, menurut sumber.
Sumber mendakwa hari terakhir Sabin pada Jumaat ini. FMT sedang mendapatkan komen beliau.
“Beliau sudah maklumkan peletakan jawatannya kepada pengurusan kanan LHDN.”
Alasan di sebalik peletakan jawatan yang didakwa itu belum jelas, namun ia berlatarkan dakwaan salah guna kuasa terhadap LHDN mutakhir ini.
Bekas perdana menteri Najib Razak membuat laporan polis terhadap beberapa pegawai LHDN, dengan mengemukakan keterangan mengenai beberapa individu yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan memalsukan dokumen dalam kes cukai.
Sabin, 56, dilantik sebagai CEO baharu LHDN bagi menggantikan Tan Sri Mohd Shukor Mahfar, 61, yang menamatkan perkhidmatannya pada 11 Disember 2016.
Sabin Samitah
Sebelum ini, anak kelahiran Ranau, Sabah itu adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN.
SOURCE: FMT
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.