Sarawak mahu tukar gelaran Ketua Menteri kepada 'Perdana Menteri'

Sarawak mahu tukar gelaran ketua menteri kepada 'perdana menteri'

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Kerajaan negeri Sarawak akan menukar gelaran ketua menteri kepada perdana menteri (premier) Sarawak.

Hal ini akan dilakukan melalui pindaan terhadap perlembagaan negeri apabila DUN Sarawak bersidang buat kali pertama sejak kemenangan besar GPS dalam pilihan raya negeri lalu.



Adun Bawang Assan, Wong Soon Koh, ketika dihubungi mengesahkan wakil rakyat Sarawak telah dimaklumkan mengenai pindaan perlembagaan itu. "Ia adalah satu daripada lima rang undang-undang yang akan dibentangkan pada 15 Feb," katanya.


Rujukan lain terhadap gelaran ketua menteri dalam perlembagaan negeri juga akan digantikan dengan premier di bawah Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022.

Rang undang-undang itu juga bertujuan meminda Perkara 7(A) perlembagaan negeri Sarawak untuk menukar gelaran pembantu menteri kepada timbalan menteri.


DUN Sarawak akan bersidang esok dan rang undang-undang pindaan perlembagaan itu akan dibentangkan pada Selasa.

Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg yang mengetuai GPS meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Sarawak Disember lalu.

GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN. RUU itu dijangka akan diluluskan dengan mudah dalam sidang DUN.

Ketua Menteri Sarawak tukar gelaran?



Picture
Ciapan Dr Kelvin di Twitternya pada Ahad.

SHAH ALAM – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dilapor akan meminda Perlembagaan negeri pada Isnin dengan menukar gelaran Ketua Menteri (Chief Minister) kepada Perdana Menteri (Premier) Sarawak.

Perkara itu dikongsi menerusi ciapan twitter Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen serta gambar pindaan yang akan dilaksanakan itu. Kelvin memaklumkan Sinar Harian mengenai ciapannya bahawa beliau tidak mengetahui adakah terjemahan ‘premier’ itu akan membawa maksud Perdana Menteri Sarawak.


“Dalam Bahasa Malaysia, saya belum nampak lagi terjemahannya (perkataan premier),” katanya pada Ahad.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Kelvin, Sarawak akan melaksanakan pindaan Perlembagaan menerusi Artikel 6 (3) dengan menggantikan perkataan Ketua Menteri (Chief Minister) kepada Perdana Menteri (Premier) Sarawak.

Selain itu, pindaan juga dibuat dengan menggantikan perkataan Pembantu Menteri (Assistant Ministers) kepada Timbalan Menteri (Deputy Ministers).

SOURCE: MK

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.