“I’ll never disrespect him”, Norza akui miscommunication punca konflik antara BAM dan Misbun

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Norza Zakaria akan meletakkan jawatan presiden BAM hujung tahun ini, lebih awal daripada yang diumumkannya sebelum ini. (Gambar Bernama)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



BAM mohon maaf, pujuk Misbun kembali

respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Dr Norza Mohamad Zakaria pada sidang media di Bukit Kiara. (Foto ©NSTP/FATHIL ASRI)
“KEPUTUSAN ‘merehatkan’ Datuk Misbun Sidek adalah sama pada hari saya meletakkan jawatan sebagai Presiden BAM. In fact, saya akan mempercepatkan lagi tempoh perletakan jawatan saya by end of this year”.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata demikian dalam sidang media pada Rabu bagi menjelaskan situasi sebenar mengenai pemecatan Misbun sebagai bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Malah beliau juga mendedahkan bahawa ‘miscommunication’ menjadi punca konflik yang berlaku antara persatuan itu dengan Misbun .
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Norza hormati Misbun sebagai seorang legenda. (Foto ©flashsukan.com.my)
Jelas Norza, hubungan beliau dengan Misbun adalah sangat baik.

“Pertama kali, saya nak nyatakan bahawa kita (BAM) mendengar apa keluhan daripada Misbun dan tidak menafikan bahawa beliau banyak berjasa dalam badminton negara.

“Hubungan saya dan Datuk Misbun Sidek sangat istimewa dan saya takkan ‘disrespect’ beliau kerana beliau adalah seorang legend,” jelasnya.

Picture

Mengulas lanjut mengenai isu yang berlaku, Norza menyatakan semuanya bermula pada akhir tahun 2022 sewaktu World Championship di Sepanyol yang mana beliau telah ditekan oleh Ahli Majlis berikutan tidak memperoleh pencapaian yang ditetapkan di bawah kendalian Misbun.

Namun begitu, beliau tetap memberikan kepercayaan kepada Misbun untuk membawa atlet remaja ke peringkat yang lebih tinggi dan prestasi tidak memberangsangkan berlaku sehingga di Asia World Championship.

Picture

“Proses menamatkan perkhidmatan Datuk Misbun adalah daripada Task Force dan dimaklumkan kepada saya bahawa beliau telah menerima keputusan itu.

“Datuk Misbun call saya pada 26 Julai dan ucapannya seperti yang dikatakan oleh Datuk Subramaniam kepada saya di mana beliau menerima keputusan BAM.

“Kalau ketika itu Datuk Misbun katakan dia tak setuju, saya akan terus jumpa dia. I’ll never disrespect him,” ujar Norza.
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Lee Chong Wei mengharapkan konflik ini segera selesai. (Foto ©FlashSukan)
Dalam pada itu, bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wee menegaskan tidak berpihak kepada mana-mana pihak sebaliknya beliau percaya dengan keputusan yang dilakukan oleh pihak BAM demi kebaikan atlet-atlet dibawah persatuan itu.

“Saya tidak memihak kepada siapa-siapa kerana saya bekas atlet. Tetapi BAM akan buat yang terbaik untuk atlet kita. Saya harap perkara ini akan selesai secepat mungkin,” katanya.

Picture

Sebelum ini, BAM membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Misbun atas persetujuan bersama membuat persetujuan bersama Misbun berikutan prestasi buruk skuad badminton negara di Kejohanan Remaja Asia.

Namun begitu, kenyataan tersebut disangkal oleh Misbun dan menegaskan beliau diberhentikan tanpa ‘mutual understanding’ seprti yang di maklumkan sebelum ini.

Tidak mahu isu ini berpanjangan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan untuk berdamai dengan Datuk Misbun Sidek dan memohon maaf kepada legenda badminton negara itu di atas kemelut yang tercetus sejak lima hari lalu.

Tampil untuk menjernihkan keadaan, Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, apa yang tercetus ketika ini adalah kerana masalah komunikasi dan tampil membuat keputusan dengan menyediakan dua tawaran kepada Misbun.

Norza dalam satu sidang media khas yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini berkata, tawaran itu adalah untuk memberikan Misbun kuasa kembali mengendalikan skuad perseorangan remaja sehingga kontraknya tamat hujung tahun ini untuk dia memimpin skuad remaja negara ke Kejohanan Remaja Dunia di Amerika Syarikat dari 25 September hingga 8 Oktober 2023 .

Sekiranya beliau menolak tawaran pertama, Misbun boleh bertemu dengan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.

Tegas Norza, beliau tidak mahu adanya pihak yang teraniaya atau dipinggirkan kerana beliau hanya mahu yang terbaik untuk persatuan.

"Ini adalah keputusan yang saya buat sendiri dan melangkaui keputusan ahli jawatankuasa tugas khas dan mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan ahli majlis.

"Saya rasakan bahawa mesti ada satu penyelesaian kepada semua kemelut ini.

"Bagi saya hubungan saya dengan Misbun ini sangat istimewa. Sampaikan banyak keputusan yang dia buat (Misbun) mendapat restu dari saya," katanya.

Norza berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BAM dia atas segala yang tercetus membabitkan kedua-dua belah pihak.

"Saya dimaklumkan sebelum ini oleh Datuk Subramaniam (Timbalan Presiden BAM) bahawa Misbun terima dan jika Misbun tak bersetuju saya akan jumpa dengan dia (Misbun) sebab kami ada hubungan istimewa.

"Saya tidak pernah tidak menghormatinya. Tapi ini masalah komunikasi. Kita satu keluarga yang besar dan kita tidak seharusnya berbalah dan menjadi musuh disebabkan perkara seperti ini," katanya.

Isu perselisihan antara BAM dan Misbun bermula apabila kontrak Misbun yang sepatutnya tamat Disember ini ditamatkan lebih awal dengan BAM memaklumkan bahawa ia adalah persetujuan bersama.

Misbun kemudiannya tampil membuat kenyataan bahawa dia tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh BAM itu dan mendakwa perpisahannya dengan BAM bukanlah atas persetujuan bersama seperti yang diumumkan oleh badan induk itu sebelum ini.

Sebaliknya, bekas Pengarah Pembangunan Remaja negara berusia 63 tahun itu berkata, keputusan berhubung perkara berkenaan sudah dirancang tanpa sebarang perbincangan dengan dirinya atau dipanggil untuk membela diri.

Malah, Misbun berkata dia adalah mangsa atas kegagalan keseluruhan skuad remaja negara di Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, dua minggu lalu ketika beliau hanya bertanggungjawab ke atas pemain perseorangan.

SOURCE: FlashSukan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.