Chef Wan kata dia menghidap kanser

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Chef Wan memaklumkan dirinya dalam keadaan stabil kerana kanser limfoma dihidapinya masih di peringkat awal.
(Foto ©NSTP)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Chef Wan didiagnos hidap kanser limfoma

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Pada Isnin, Chef Wan dijangka menjalani ujian sumsum tulang kerana kanser limfoma diketahui mempunyai kaitan dengan sumsum tulang, sambil menambah bahawa dia akan menjalani 13 kitaran kemoterapi.
(Foto ©Instagram rasmi Chef Wan)
Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail, 65, atau mesra disapa Chef Wan disahkan menghidap kanser limfoma.

Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Chef Wan memaklumkan dirinya kini dalam keadaan stabil kerana kanser dihidapinya masih di peringkat awal.

Jelasnya, beliau didiagnos menghidap kanser itu selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital petang tadi.

"Saya baru sahaja menjalani ujian ECG. Pada jam 3 petang doktor memaklumkan mengenai keputusan biopsi saya.

"Mereka perlu menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan itu. Saya sememangnya menghidap kanser limfoma.

"Saya perlu menjalani imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser ini sudah merebak ke organ lain termasuk menentukan ia di tahap berapa," katanya.

Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan beliau mempunyai peluang kira-kira 70 hingga 80 peratus untuk sembuh dengan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran dalam jangka tempoh 13 minggu.

"Isnin ini, saya akan melakukan ujian sumsum tulang kerana kanser limfoma juga dikaitkan dengan organ itu.

"Saya juga akan menjalani kemoterapi dan memulakan rawatan serta-merta sebanyak 13 kitaran iaitu bermaksud selama 13 minggu.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Chef Wan dikenali sebagai seorang yang ceria dan peramah.
(Foto ©mstar.com.my)
"Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M Daud Kilau, Samy Velu, Liberace dan ramai lagi," tulisnya.

Biarpun dalam situasi menggusarkan, Chef Wan dilihat kekal positif dan menerima ketentuan itu dengan hati terbuka.

"Inilah kehidupan… anda hanya perlu melaluinya dengan positif. Anak perempuan dan menantu saya sedih mendengar berita ini. Tetapi saya kata jangan menangis, saya belum pergi lagi.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Chef Wan masih ceria dan positif menerima takdir yang ditentukan.
(Foto ©mstar.com.my)
"Saya perlu kuat dan sihat kerana saya juga perlu menjaga ramai orang. Insya-Allah, Allah akan jaga saya.

"Terima kasih atas semua doa dan ucapan. Tolong jangan risau kerana kita semua akan melalui ini bersama-sama supaya kita boleh memberi inspirasi dan membantu orang lain di masa hadapan," tulisnya.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.