Dua Lelaki Main Permainan Squid Game Di MRT, “Aku Nak Join…”

Picture
“Boleh tumbuh janggut tunggu menang"- Netizen

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Siri popular dari Netflix iaitu Squid Game masih lagi menjadi perbualan hangat di media sosial walaupun selepas seminggu ianya ditayangkan. Masing-masing nampaknya masih lagi tidak dapat move on dari siri popular ini malah ramai yang turut berkongsikan parodi Squid Game di media sosial.


Baru-baru ini pula, gelagat dua lelaki yang asyik bermain permainan dari siri popular ini di sebuah stesen MRT menarik perhatian ramai. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari dua juta tontonan setakat ini.

@syazwanevans

Do you guys wanna play ##SquidGame for money? 😱 ##Netflix ##fyp ##tiktokmalaysia

♬ MONEY - 리사 (LISA)


Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan dua lelaki yang sedang bermain permainan popular dari siri popular Squid Game itu. Mereka juga dilihat turut berada di sebuah stesen MRT sama seperi yang disaksikan di dalam salah satu babak dalam siri itu.


Permainan tradisional dari Korea Selatan yang dipanggil Ddakji itu merupakan salah satu permainan yang dimainkan di dalam Squid Game. Kedua-dua lelaki itu turut melakonkan semula salah satu babak di dalam siri itu di mana dua lelaki bermain permainan itu di sebuah stesen MRT.


Lebih melucukan, kedua-dua mereka ini dilihat gigih bermain permainan itu walaupun mereka nampaknya tidak begitu mahir bermain. Namun gelagat mereka ini berjaya menarik perhatian ramai yang turut tertarik untuk menyertai mereka bermain.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh bertanyakan lokasi sebenar stesen MRT itu untuk menyertai mereka. Malah ada yang bergurau mereka juga perlukan duit dan mahu berjumpa dengan lelaki itu untuk menyertai Squid Game.


“Dia angkat benda alah tu pun tak bertenaga.”


“Boleh tumbuh janggut tunggu menang.”


“MRT mana ni? Aku nak join please…”


“Dorang lupa nak tampar.”


SOURCE: Himpunan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.