'Apa jenis kerajaan yang ada sekarang? Ini adalah diktator' - Tun M

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Dr Mahathir mendakwa pentadbiran kerajaan kini seperti pemerintahan kuku besi apabila menghalang orang Melayu bercakap mengenai masalah mereka.
(📸 ©Gambar fail/Astro AWANI)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Anwar seolah-olah diktator, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Malaysia kini sudah berada pada tahap yang dikenali sebagai 'negara polis' atau “police state”.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, keadaan negara disifatkan sudah pelik, dan seolah-olah tidak mengikut undang-undang sebaliknya hanya ikut sesuka hati.

Dakwa bekas Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, pentadbiran kerajaan kini seperti pemerintahan kuku besi apabila menghalang orang Melayu bercakap mengenai masalah mereka.

“Saya berpendapat bahawa kita telah sampai satu tahap di mana Malaysia boleh dikenali sebagai sebuah ‘police state’ (atau) kerajaan polis.

"Kerana pihak kerajaan boleh buat apa jua keputusan, pihak peguam negara boleh buat apa juga keputusan sama ada mengikut peraturan ataupun tidak.

"Jadi apa jenis kerajaan yang ada sekarang ini? Bagi saya, saya kata terang-terang bahawa ini adalah satu diktator. Secara tidak langsung dia mempunyai sifat seorang diktator yang membuat keputusan sesuka hati," katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Dr Mahathir turut mendakwa kerajaan cuba untuk mengugut dan menutup mulut beliau daripada bercakap mengenai masalah yang dihadapi orang Melayu.

Ia susulan pihak polis merakam percakapan beliau berhubung dua kenyataan yang dibuat, baru-baru ini.

"Kononnya 3R (agama, bangsa dan Institusi Diraja).

"Sepatutnya benda yang sebegitu serius, yang menghalang hak rakyat untuk bercakap, patut ditentukan oleh undang-undang tetapi tidak ada undang-undang boleh difahami oleh rakyat," tambah Dr Mahathir.

Media melaporkan Dr Mahathir dipanggil polis untuk dirakamkan keterangan hari ini susulan kenyataannya pada 27 Julai lalu.

Beliau didakwa memuat naik dua hantaran di Facebook masing-masing bertajuk ‘Malaysia a Malay Country’ (Malaysia Sebuah Negara Melayu) dan ‘Who Owns the Country’ (Siapa Pemilik Negara Ini).

SOURCE: AWANI

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.