ANGGOTA polis membawa lelaki yang mengelar lehernya sendiri ke hospital untuk rawatan lanjut.
Seorang suami dikatakan menyembelih isterinya sehingga mati sebelum mengelar lehernya sendiri dalam pergaduhan yang dipercayai bermula selepas lelaki itu menuduh wanita terbabit mempunyai kekasih dalam kejadian di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di Kuala Suai, dekat sini, semalam.
Pergaduhan pasangan suami isteri warga Indonesia itu berakhir dengan tragedi apabila wanita berkenaan mati dipercayai akibat dikelar di leher menggunakan pisau buatan sendiri oleh suaminya kira-kira jam 3 pagi.
Salasiah Jamal, 35, berketurunan Bugis dari Makasar ditemui terbaring di bilik tidurnya dengan kecederaan di leher selain luka di tengkuk manakala suaminya, Tompok Nyarak, 39, dalam keadaan kritikal selepas mengelar lehernya sendiri.
Penyelia ladang Hendra Jumalang berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan dikejutkan dengan kehadiran adik mangsa dikenali sebagai Agus, 21, mengetuk pintu rumahnya.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date