Akim bimbing saya, dulu umpama bagai tiada agama – Stacy

Picture
KATA Stacy Anam, 31 Suaminya Akim banyak membimbing dia mendalami agama Islam dengan cara yang mudah difahami.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Dulu, saya hidup macam tiada agama – Stacy

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan selebriti media sosial, Stracie Angie Anam, 31, mengaku sebelum bergelar mualaf dan berkahwin dengan suaminya, penyanyi dan komposer terkenal, Akim, dirinya umpama tidak beragama.


Menurut Stacy yang juga menggunapakai Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islamnya, bahkan tidak menolak bahawa Akim adalah individu yang banyak membuka matanya mengenai keindahan Islam sekali gus berminat untuk mendalami agama.


“Dulu, sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari. Namun selepas 6 tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam telah didoronginya.

“Cara dia bercerita tentang agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu rumit. Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.

“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam juga menguatkan jodoh kami. Pandai adik (Akim) ambil hati kakak (dirinya),” katanya.

Stacy berkata demikian semasa mengimbas kembali detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya (utusan) semalam.


Selain itu, kongsi penyanyi lagu Pakai Buang ini lagi, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah sokongan kedua ibu bapanya yang menghadirkan diri ketika dia memeluk Islam.

“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.

“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terbit rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.

Picture
Ummu Syaikhah Stacy Abdullah (Stacy) atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam (pada masa itu berumur 25 tahun) hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam di Johor Bahru ditemani ibu serta bapa Akim bagi tujuan Majlis lafaz syahadah.

“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan bukan bukan itu hanya mainan emosi,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi ini mengaku dirinya masih belajar untuk menjadi manusia terbaik selain menganggap dirinya jauh daripada sifat sempurna.


“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” kata ibu kepada 2 cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, ini.


Penyanyi Stacy Anam mendedahkan kehidupan lampaunya umpama tiada agama sebelum dipertemukan dengan suami, Akim Ahmad, yang mendekatkan dirinya dengan Islam sekali gus bergelar mualaf 6 tahun lalu.

Katanya yang memilih nama Ummu Shaikhah, detik bermakna itu tidak mungkin luput dalam ingatannya yang mengenal keindahan Islam tanpa dipaksa sekali gus mengambil keputusan mengucap kalimah syahadah pada 24 Ogos 2015.

“Dulu sebelum memeluk Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengar. Namun selepas 6 tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati dorong untuk tahu apa itu Islam.

“Pendekatan digunakan Akim sangat mudah, malah cara dia bercerita tentang agama Islam nampak ringan dan terus terang. Boleh dikatakan segala-gala berkaitan Islam dan keindahan yang terpacul dari mulutnya membawa kepada siri penceritaan menarik,” dedahnya.

Anak jati Negeri Di Bawah Bayu itu mengimbas semula detik penghijrahan dirinya di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor genap 6 tahun lalu selain perkahwinannya dengan Akim ketika diundang sebagai tetamu program bual bicara dalam Instagram, Bersama Tya Ariffin.


Malah, akui penyanyi itu lagi, ketulusan Akim memperkenalkan dan membimbingnya ke jalan Allah bukan sekadar menjentik hatinya untuk bergelar muslimah malah turut membuka ruang menerima lelaki berkenaan sebagai teman hidup.

“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami. Pada 26 September 2015 kami bertunang, seterusnya 5 Februari 2016 kami nikah di sebuah hotel di Sabah,” katanya.


Rumahtangga pasangan terkenal itu diserikan dengan kehadiran 2 cahaya mata, Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4 tahun.

Terdahulu, berita Stacy memeluk Islam pernah menjadi berita hangat apabila momen yang cuba dilalui secara peribadi itu terdedah gara-gara video pengIslaman ditularkan seseorang dalam media sosial membuatkan berita tersebut hangat diperkatakan.

Menerusi temu bual sama, Stacy, 31, memaklumkan detik paling bermakna yang terus tersemat dalam ingatan adalah sokongan kedua-dua orang tuanya apabila mereka sanggup ‘terbang’ dari Sabah untuk turut berada di sisi ketika dia melafazkan kalimah syahadah.

Picture
Stacy atau nama Islamnya, Ummu Syaikhah Stacy binti Anam bersama ibu bapanya bercakap kepada wartawan di Astro, Bukit Jalil. Pix oleh Munira Abdul Ghani

“Saya rasa momen pengIslaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka. Awalnya hanya mereka saja tahu keputusan saya memeluk Islam.


“Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Jadi apabila gambar dan video viral, keadaan bertukar kecoh. Tetapi Akim minta saya banyak-banyak bersabar dan bertenang,” ulasnya.

Picture
Stacy atau nama Islamnya, Ummu Syaikhah Stacy binti Anam bercakap kepada wartawan di Astro, Bukit Jalil. Pix oleh Munira Abdul Ghani



Mengimbas lagi situasi ketika itu, katanya, dia melalui suatu perasaan sukar dan dahsyat sebelum detik melafazkan kalimah syahadah apabila mula berperang dengan diri sendiri.

“Jujur saya takut dengan keputusan yang dibuat hingga mempersoalkan sama ada betul atau sebaliknya. Saya seperti berperang dengan diri sendiri sampai terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri demi agama Islam.

“Tapi akhirnya takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Selesai mengucap kalimah syahadah, saya nampak ibu bapa saya tersenyum gembira.

“Barulah saya sedar, perasaan negatif itu semua adalah mainan perasaan. Apa pun saya masih belum sempurna, namun dalam hati saya mahu berusaha ke arah yang lebih baik,” kata pemilik syarikat pengurusan artis itu lagi.

SOURCE: UTUSAN , K! ONLINE

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.