'Pak Lah sihat walafiat', sedang bercuti bersama keluarga

Picture
Gambar bersama Abdullah yang dikongsi Reezal Merican dalam satu hantaran FB miliknya hari ini. Foto FB Reezal Merican Naina Merican

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Pak Lah sihat sedang bercuti bersama keluarga

PUTRAJAYA - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menafikan laporan Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia.

Picture
Gambar terbaharu Pak Lah di sisi isterinya, Tun Jeanne Abdullah yang masih sihat dan sedang bercuti dalam negara.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Reezal berkata, beliau baru sahaja menghubungi isteri Pak Lah, Tun Jeanne.


"Alhamdulillah Ayahanda Tun Abdullah dalam keadaan sihat walafiat. Begitu juga dengan Tun Jeanne," katanya pada Isnin.

Beliau turut mengajak seluruh rakyat mendoakan pemimpin tersebut agar sentiasa sihat selain meluahkan rasa rindu terhadap mereka berdua.

Picture
"Saja nak kongsi gambar lama bersama Tun Abdullah dan Tun Jeanne. Rindu mereka berdua," katanya.

Tular sebelum ini tangkap layar individu tidak bertanggungjawab menyatakan Pak Lah meninggal dunia.



PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Akhbar kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Izad Raya menafikan khabar angin bahawa bekas Perdana Menteri itu meninggal dunia seperti tersebar di media sosial hari ini.

Picture
Izad ketika dihubungi Kosmo! menegaskan, khabar angin berkenaan tidak benar kerana Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah kini sedang bercuti bersama keluarganya dalam negara.

Picture
Reezal turut berkongsi gambarnya bersama Pak Lah dan Tun Jeanne di laman Facebook pada Isnin.

“Berita berkenaan adalah palsu (berita kematian Pak Lah) kerana saya sudah semak dengan anaknya bahawa Pak Lah masih sihat.

“Pak Lah kini sedang bercuti bersama keluarganya dalam negara,” katanya apabila diminta mengulas dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu meninggal dunia pagi ini.


Terdahulu berita mengenai kematian Pak Lah meninggal dunia terbesar di media sosial sekali gus menimbulkan tanya tanya mengenai status terkini kesihatan bekas Perdana Menteri berkenaan.

Berikutan itu, Izad yang rapat dengan Pak Lah meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan khabar angin tidak sahih mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itupak tanpa pengesahan daripada ahli keluarga terdekat. – K! ONLINE

SOURCE: Sinarharian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.