“Hanya berlaukkan keropok…” – Fatihah kongsi kesusahan hidup dorong arwah bapa pastikan rakyat tidak lapar

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Fatihah berkongsi gambar kenangan bersama arwah bapanya, Salahuddin pada majlis sebelum ini. – Foto : Fatihah / Facebook.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Kami sekeluarga pernah makan hanya berlaukkan keropok, ayah berhutang beli susu dari kedai- Fatihah Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR: Anak kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub mendedahkan kesusahan yang pernah dialami mereka sekeluarga menjadi pendorong kuat kepada arwah bapanya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bekerja keras bagi memastikan rakyat tidak kelaparan.
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Kami sekeluarga pernah makan hanya berlaukkan keropok, ayah berhutang beli susu dari kedai- Fatihah Salahuddin Ayub(Foto ©Facebook Fatihah)
Fatihah berkata, mereka sekeluarga pernah makan hanya berlaukkan keropok, malah bapanya pernah berhutang membeli susu di kedai Cina untuk mereka adik-beradik yang masih kecil, luahkan dalam catatan di Facebook.

Fatihah yang kini seorang peguam, berkata adik-beradiknya dibekalkan wang 30 sen untuk membeli makanan ringan diingini mereka ketika bapanya tiada di rumah.

“Kami membesar dengan didikan mak dan ayah yang mengajar kami untuk mengenal nilai. Bukan untuk mengenal pangkat dan harta. Kami bukanlah asal keluarga senang. Kami juga pernah merasai erti kesusahan dan kesempitan. Terpahat di memori apabila ayah bawa kami lima beradik naik motor (motosikal) pergi kedai untuk belanja kami jajan dan aiskrim.

“Kalau ayah tiada di rumah, kami hanya dapat 30 sen untuk belanja jajan daripada emak. Kami juga pernah merasai makan berlaukkan keropok tanpa protein seperti daging dan ayam. Pernah juga mak cerita pada kami, ayah terpaksa hutang susu dengan apek kedai masa kami masih kecil. Mungkin itulah antara mendorong ayah bekerja keras untuk memastikan rakyat tidak lapar,” katanya.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam Ahad lalu setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Fatihah turut berkongsi luahan bapanya yang mahu dijemput ‘pergi’ ketika sedang bekerja yang akhirnya dimakbulkan Allah apabila Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Ahad lalu ketika dalam tugasannya di Kedah. (Foto ©Fatihah Salahuddin/Twitter)
Beliau berkata, arwah bapanya menyuarakan hasrat itu ketika dalam pertemuan bersama Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman, yang turut dihadirinya dua bulan lalu.

Katanya, arwah bapanya juga menyatakan ahli politik perlu sentiasa bekerja dan tidak boleh pencen bagi membolehkan mereka sentiasa cergas.

“Sejujurnya saya masih mencari kekuatan dan cuba menyusun kata-kata untuk menulis post ini.Antara adik-beradik, saya agak bertuah kerana dapat luangkan masa lebih bersama ayah selain daripada di rumah. Kadang-kadang ayah keluar makan dengan kawan-kawan ayah called ‘jom makan’.

“Dua bulan lepas, ayah ada ajak makan masa tu dengan Datuk Mohd Azis Jamman. Kebetulan ketika itu kami berbual kenapa ahli politik sukar untuk pencen. Ayah secara spontan jawab ‘ahli politik tak boleh pencen. Kalau dia pencen, otak dia tak gerak tak tahu nak fikir apa, sebab tu saya selalu berdoa kalau saya pergi, biarlah dalam keadaan saya bekerja begini’. Little did I know that came true this soon and too soon, ayah (tanpa saya ketahui yang doa ayah ini menjadi kenyataan dengan cepat),” katanya.

Fatihah berkata, arwah bapanya adalah seorang yang lembut dan mendekati setiap anaknya seorang demi seorang untuk mengetahui perkembangan pembelajaran dan masalah dihadapi mereka.

Beliau berkata, disebabkan bapanya sibuk dengan urusan politik dan pentadbiran negara, arwah juga sering menasihati mereka untuk tidak menyusahkan ibu mereka.

“Ayah memang lembut. Jarang marah kami adik-beradik. Masa kami meningkat remaja ke dewasa ayah lebih banyak guna pendekatan ‘slow talk’. Ayah selalu panggil kami bergilir-gilir masuk ke bilik supaya dia boleh one to one dengan kami. Selalunya kami agak cuak apabila sesi begini berlaku sebab selalunya ia berlaku apabila kami buat masalah.

“Tetapi tidak, kadang-kadang dia hanya bertanya ‘belajar semua macam mana? Ok?”. Selalunya dia akan selit untuk titip nasihat selepas itu. Mungkin kerana dia jarang berada di rumah dan masa itulah dia guna untuk nasihatkan kami untuk tidak menyusahkan emak,” katanya.

Fatihah berkata, keakrabannya bersama Allahyarham Salahuddin terbukti apabila arwah bapanya itu menangis kali pertama di hadapannya pada lima tahun lalu.

“Masa 5 tahun lepas, pernah sekali ayah panggil saya masuk bilik dan ayah menangis sebab ayah ada masalah ketika itu. Itulah kali pertama saya lihat ayah menangis dan itulah kali pertama saya yang menjadi pendengar ayah. Kemudian ada sekali kami berdua menangis kerana saya mengadu masalah kepada dia. Begitulah ayah. Pendengar yang sangat baik dan sentiasa menitip nasihat buat anaknya yang ada ketika begitu keras.

“Ayahlah pelembut hati saya ketika yang lain tidak boleh melembutkan saya. Ayahlah yang banyak mengajar saya bersabar, untuk mengawal kata-kata, untuk lebih memilih diam ketika marah,” katanya.

Fatihah berkata, arwah bapa dan ibunya juga mendidik mereka adik-beradik membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan yang dibuat.

“Ayah dan emak mendidik kami membuat keputusan sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan sendiri. Pernah sekali saya keliru untuk tukar bidang pengajian ke bidang kaunseling. Ayah cakap kalau tukar course (kursus pengajian) nanti tak dapat jadi peguam, tapi fikirlah yang mana-mana baik,” katanya.

Mengulas pembabitan dalam politik, Fatihah berkata, beliau kini tidak berpeluang lagi membantu bapanya dalam kempen pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu adalah medan pertama dan terakhir buatnya menjadi pengurus kempen bagi arwah bapanya itu.

“Little did I know that PRN-15 and PRU-15 would be the first and last (tanpa saya ketahui PRN-15 dan PRU-15 menjadi yang pertama dan terakhir) sebagai campaign manager (pengurus kempen) ayah. Tiada lagi berceramah sepentas dengan ayah masa kempen. Tiada lagi ceramah untuk ayah masa pilihan raya. Tiada lagi tugas untuk sediakan soalan bagi pertanyaan jawab lisan untuk sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. Tiada lagi tugas menguruskan borang calon ayah.

“Tiada sudah tempat untuk diri ini mengadu ketika tiada yang mendengar, tiada sudah titipan nasihat daripada ayah, tiada sudah ‘slow-talk’ dan ‘heart to heart’ session (sesi hati ke hati) dengan ayah.

“Berehatlah ayah. Tugasmu sudah selesai. Amanah yang ayah pikul sudah dilunaskan sebaiknya. Ayah terlalu penat lalu meninggalkan kami. “Tiada istilah arwah dalam kamus hidup ini. Yang ada hanyalah ayah. Selagi tidak hilang ingatan ini, selagi itulah ayah tetap ayah di hati dan ingatan ini. Terima kasih ayah kerana mendidik kami dengan nilai yang baik. “Pemergianmu cukup mulia. Kami reda. Berehatlah wahai ayah,” luah Fatihah mengakhiri catatannya.

SOURCE: buletintv3.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.