Baddrol Bakhtiar Kembali Beraksi, Kini jadi YB

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
PRN: Baddrol Bakhtiar Menang Kerusi DUN Gurun .
(📸 ©vocketfc.com)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



PRN: Baddrol Bakhtiar Menang Kerusi DUN Gurun

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Bekas pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar mencipta kejutan apabila menang besar di DUN Gurun dengan memperoleh 17,771 undi dan majoriti sebanyak 6,684.
(📸 ©vocketfc.com)
Tindakan Baddrol Bakhtiar meninggalkan bola sepak untuk menceburi politik berbaloi apabila menang selesa dengan majoriti 6,584 undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun yang diumumkan malam ini.

Bekas kapten pasukan bola sepak Kedah dan Sabah itu memperolehi 17,771 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Mohammed Firdaus Johari yang mendapat 11,187 undi.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
BADDROL Bakhtiar (tengah) bersama ahli keluarganya selepas diumumkan menang di DUN Gurun.
(📸 ©UTUSAN)
Baddrol menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) yang merupakan Timbalan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan juga anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Mohammed Firdaus Johari.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Jerai, Mohammed Firdaus Johari.
(📸 ©MalaysiaKini)
Pemain tengah berusia 35 tahun itu meninggalkan peranannya sebagai Ketua Pasukan dan tidak lagi bersama Sabah FC sepanjang baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Ketika ditanya oleh pihak media, Baddrol menjelaskan keputusan beliau menceburi bidang politik adalah demi mempertahankan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Nor serta memperjuangkan agama dan bangsa.

Seorang lagi bekas pemain, Muhamad Radhi yang pernah beraksi bersama Kedah, mengalahkan Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu, dengan majoriti 10,104 undi.

Muhamad Radhi memperoleh 18,936 undi, manakala Mahfuz yang juga Naib Presiden Amanah meraih 8,832 undi.

Muhamad Radhi sebelum ini pernah membuat kemunculan sulung di pentas politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, namun kalah ketika bertanding atas tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS), di Parlimen Pokok Sena.

SOURCE: vocketfc.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.