Statistik yang mengejutkan - 4 kes bunuh diri sehari dalam 3 bulan pertama

Kickbola.net Pandemik COVID-19 memberi impak ketara ke atas kesihatan mental apabila jumlah kes bunuh diri sepanjang tahun lalu, meningkat kepada 631 kes berbanding 609 kes pada 2019.

Statistik yang mengejutkan - 4 kes bunuh diri sehari dalam 3 bulan pertama

Kes bunuh diri meningkat

P
andemik COVID-19 memberi impak ketara ke atas kesihatan mental apabila jumlah kes bunuh diri sepanjang tahun lalu, meningkat kepada 631 kes berbanding 609 kes pada 2019.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 366 kes bunuh diri dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tiga bulan pertama tahun ini.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 ternyata memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia.

"Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketika berada dalam keadaan stress (tekanan) yang melampau serta isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai.


"Jika kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya boleh meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri. "Disebabkan itu masyarakat diminta untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga atau orang sekeliling dalam mengenalpasti simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat beberapa perubahan tingkah laku yang akan ditunjukkan oleh individu berkenaan iaitu sentiasa kelihatan sedih dan murung, hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan, sukar melakukan tugas harian seperti biasan dan tidak dapat tumpukan perhatian.


http://beritaup2date.blogspot.com/Terdapat 631 kes bunuh diri pada tahun 2020, peningkatan daripada 609 kes yang dicatatkan pada tahun 2019.

"Selain itu, individu ini juga dilihat mengasingkan diri daripada kawan dan keluarga; mengalami gangguan tidur dan selera makan; bertindak agresif dan kasar kepada diri sendiri dan orang sekeliling serta menyalahgunakan alkohol dan dadah.

"Mereka juga akan menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan dengan hidup serta kehadirannya membebankan keluarga. Malah menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan.

"Jika terdapat gejala-gejala yang disenaraikan, individu ini dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk," katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, orang ramai juga boleh membantu individu yang mengalami kemurungan ini dengan cara berkomunikasi dengan mereka.

"Ini termasuk mengambil serius mengenai masalah yang dialami; meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka dan tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka.

"Selain itu tunjukkan rasa empati dan elak sikap menghakimi, manfaatkan penggunaan teknologi maklumat bagi mengekalkan hubungan dengan individu terbabit serta memberi galakan sosial seperti bantu urusan seharian.

"Budaya peka dan peduli kepada keluarga, sahabat dan masyarakat sekeliling perlu diterapkan dan sesiapa yang menghadapi masalah serta erkesan dengan pandemik untuk mendapatkan pertolongan dan tidak menghadapinya seorang diri.

"Setiap individu perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga kesihatan mental diri, keluarga, dan komuniti bagi menghadapi pandemik COVID-19 ini," katanya.

Dalam pada itu, Dr noor Hisham turut meminta pihak media memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tepat serta masyarakat diminta untuk menghormati perasaan ahli keluarga mangsa untuk tidak merekod video atau menyebarkan gambar mangsa bunuh diri.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.