Sungguh menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut di tangan ibu sendiri apabila ditikam 15 kali hingga menembusi jantungnya, dalam kejadian di London.
K
ejadian dipercayai berlaku kerana wanita terbabit, Sutha Sivanantham, 36, tidak mahu meninggalkan anaknya, Sayagi Sivanantham bersendirian sekiranya dia meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Sutha kini dibicarakan di mahkamah jenayah Old Bailey selepas didakwa atas tuduhan membunuh anaknya dalam kejadian pada Jun tahun lalu.
Sebelum ini, wanita terbabit pernah mengadu mengalami penyakit misteri hampir setahun lalu dan suaminya, Sugantham Sivanantham percaya ia adalah kesan buruk yang dialami akibat perintah berkurung ketika pandemik.
Pendakwa raya, Bill Emlyn-Jones berkata, defendan mempunyai kebimbangan yang melampau bahawa dia sedang menderita daripada penyakit serius.
“Dia seperti yakin dengan dirinya bahawa dia akan mati. Malam sebelum kejadian, dia turut bertanyakan suaminya sama ada ingin menjaga anak mereka sekiranya dia sudah meninggal dunia nanti,” katanya.
Dalam kejadian 4 petang itu, beberapa jiran dihubungi untuk ke rumah defendan di Monarch Parade, Mitcham sebelum mereka menemui wanita terbabit terbaring dengan kesan tikaman pada abdomen.
“Sayagi yang terbaring di atas katil pula ditikam berkali-kali pada leher, dada dan abdomen.
“Manakala pisau yang digunakan juga terbenam dalam bahunya sebelum ia terjatuh keluar ketika dipapah untuk diberi rawatan kecemasan,” kata Emlyn-Jones.
Dua beranak itu dibawa ke hospital menerusi ambulans udara tetapi Sayagi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Tags