Bayi lelaki 7 bulan kritikal dipercayai didera pengasuh, disyaki hempas bayi ke lantai
IPOH: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan mengalami pendarahan di kepala dipercayai didera pengasuh dalam kejadian di Taman Desa Pelancongan di sini, kelmarin.
TERTUDUH dibawa anggota polis selepas menghadapi tuduhan cuba membunuh bayi lelaki tujuh bulan. FOTO Sharul Hafiz Zam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian tersebut disedari bapa mangsa selepas dihubungi pengasuh itu yang meminta mengambil bayi terbabit yang dikatakan terjatuh dari alat bantu berjalan atau ‘baby walker’.
Katanya, setibanya lelaki itu di rumah pengasuh berkenaan, dia mendapati terdapat kesan bengkak pada kepala bayinya.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid
“Bapa mangsa bertanyakan keadaan bayinya kepada wanita berusia lingkungan 22 tahun itu dan dia memberitahu bayi tersebut terjatuh semasa didukung.
Tertuduh, Nursahidah Amran (tengah) didakwa menghentak dan menyebabkan kecederaan di kepala bayi tujuh bulan itu yang boleh menyebabkan kematian antara pukul 7 pagi hingga 2.45 petang, 22 September lepas. - Gambar Astro AWANI
“Mangsa segera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan dan pemeriksaan mendapati terdapat pendarahan di kepala dan tempurung kepala retak,” katanya di sini hari ini.
Menurut Mior Farid, mangsa tidak sedarkan diri dan kini berada dalam keadaan kritikal.
Berikutan itu, katanya, satu laporan polis berkaitan cubaan bunuh diterima pihaknya semalam yang membawa kepada tangkapan pengasuh berkenaan.
Nursahidah Amran, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacanya di hadapan hakim Norita Mohd Ardani.- NSTP / SHARUL HAFIZ ZAM
“Bayi itu dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat pada pukul 7.10 pagi kelmarin, sebelum bapanya dihubungi pada pukul 2.35 petang untuk mengambil bayinya semula.
“Berdasarkan maklumat awal, suspek warga tempatan itu dikatakan telah menghempas kepala bayi itu sebanyak dua kali ke lantai kerana mangsa tidak berhenti menangis.
“Suspek hanya berhenti melakukan perbuatan itu setelah menyedari mangsa tidak sedarkan diri,” katanya.
Menurut beliau, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.