
WARISI HARTA DATUK, WANITA MUDA INI DIBUNUH IBU KANDUNG SENDIRI
Allani Rayane, seorang wanita berusia 24 tahun yang terbunuh di Caruaru — Foto: Reproduksi/Media Sosial
Pada 17 November 2025, pihak polis menerima laporan mengenai kematian seorang wanita di sebuah rumah di Caruaru. Ketibaan pasukan penyiasat mendapati mayat Allani berada dalam keadaan yang amat menyayat hati. Mangsa ditemui dengan tanda-tanda kecederaan serius, kedua-dua tangannya diikat dan terdapat petunjuk bahawa sia diseksa sebelum dibunuh. Laporan awal bedah siasat mencadangkan kemungkinan berlaku serangan seksual sebelum kematian dan sampel bahan genetik telah diambil untuk analisis forensik lanjut.
Josemi José, yang mengaku membunuh Allani Rayanne, mempunyai rekod jenayah yang luas — Foto: Reproduksi/Media Sosial
Lebih mengejutkan, siasatan turut membawa kepada penahanan Andrea Maria dos Santos da Silva, 42 tahun yakni ibu kandung kepada Allani. Dia disyaki sebagai individu yang merancang dan mengarahkan pembunuhan tersebut. Menurut kenyataan Josemi kepada pihak polis, Andrea didakwa mahu menghapuskan anaknya supaya mereka berdua dapat menjual harta pusaka milik Allani dan memulakan kehidupan baharu di tempat lain. Andrea kini ditahan di Colonia Penal Feminina Bom Pastor di Recife.
Siasatan awal mendapati bahawa Allani mewarisi sejumlah wang dan hartanah setelah datuknya meninggal dunia. Menurut pihak berkuasa, Andrea dikatakan berulang kali menekan anaknya supaya menyerahkan sebahagian daripada harta tersebut namun Allani menolak. Tindakan mangsa yang mempertahankan hak miliknya dipercayai mencetuskan kemarahan dan mendorong ibu serta pasangan ibu merancang pembunuhannya. Motif inilah yang kini menjadi fokus utama siasatan.
Selain pembunuhan kejam ini, polis juga sedang menyiasat kemungkinan mangsa menjadi mangsa rogol sebelum dibunuh. Laporan tanatoskopi dan seksologi sedang dianalisis dan pihak forensik telah mengumpulkan sampel genetik untuk mengesahkan sama ada berlaku hubungan seksual paksa sebelum kematian. Kes ini kini disiasat sebagai kes pembunuhan kejam Polis juga mempertimbangkan untuk menambah tuduhan serangan seksual jika bukti mengesahkan perkara itu.
SOURCE: Jacklester33
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
