Bekas pelajar Akademi Fantasia 4, Amirul Azwan meninggal dunia

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Amirul Azwan, bekas pelajar AF4 yang meninggal dunia pada usia 37 tahun.
(📸 ©malaysiadateline.com)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Amirul AF4 meninggal dunia, dipercayai akibat serangan jantung

Seorang bekas pelajar Akademi Fantasia(AF) musim ke 4, Amirul Azwan Mohd Ghazali, 37, atau lebih dikenali dengan nama Amighul meninggal dunia akibat serangan jantung.

Berita itu disahkan sendiri oleh rakan seperjuangannya, Diddy, lapor Berita Harian.

Menurut Diddy, beliau menerima perkhabaran mengenai pemergian Amirul daripada sepupu kepada isteri Allahyarham, pagi tadi.


“Kami sudah lama tidak berhubung. Bagaimanapun, saya dimaklumkan mengenai pemergian arwah oleh salah seorang kakitangan saya yang juga sepupu kepada isterinya.

“Allahyarham kini berada di sebuah hospital di Kuching, Sarawak. Saya difahamkan arwah tidak mempunyai sejarah penyakit, jadi proses bedah siasat dijalankan jam 2 petang,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Amirul Azwan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun dipercayai akibat serangan jantung.
(📸 ©ohbulan.com)
Allahyarham meninggalkan seorang isteri. Pasangan itu difahamkan mendirikan rumah tangga pada 2023 dan isterinya kini sedang hamil di trimester ketiga.

Pada bulan yang lepas, seorang bintang AF3 juga meningal dunia iaitu Lotter P Edwin.

SOURCE: hmetro.com.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.