Sela masa dos ke-2 AstraZeneca dipendekkan ke 6 minggu

Picture
Gambar hiasan. - Foto Reuters

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


PUTRAJAYA - Tempoh penerima dos pertama vaksin Covid-19 AstraZeneca menerima suntikan dos-2 kini dipendekkan kepada 6 minggu berbanding 9 minggu sebelum ini.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika mengumumkan perkara itu berkata, pelaksanaan memendekkan tempoh itu akan bermula 1 Oktober.

"Ia adalah untuk memberi kemudahan kepada mereka yang sudah mendapat dos pertama AstraZeneca, mereka boleh terima dos kedua selepas enam minggu," katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini pada Jumaat.


Pada Jun, KKM memendekkan tempoh pemberian dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca daripada 12 minggu kepada sembilan minggu.

Sebelum ini, penerima vaksin itu terpaksa menunggu lebih lama bagi pemberian dos kedua selepas menerima dos pertama berbanding vaksin jenis lain.

Mengenai kes 'Long Covid' (simptom selepas sembuh Covid) yang terpaksa masuk semula ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Khairy berkata, memang terdapat kes pesakit yang hadir semula ke hospital setelah dibenarkan keluar hospital.


Bagaimanapun, katanya, tiada peningkatan ketara bagi kemasukan semula ke ICU dalam kalangan pesakit 'Long Covid' dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

Beliau berkata, tiada klasifikasi khusus kematian akibat gejala 'Long Covid' kerana kematian direkodkan berdasarkan kepada punca kematian.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.