Sinovac Kurang Risiko Kematian Hingga 84%, AZ & Pfizer Lebih 90%

Picture
Individu yang menerima vaksin lengkap mendapat manfaat maksimum daripada vaksin, kata Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Dr Kalaiarasu Peariasamy

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


KUALA LUMPUR: Vaksin Sinovac mampu mengurangkan risiko kematian dalam kalangan pesakit Covid-19 sehingga 84%, kata Kementerian Kesihatan (KKM).


Dengan merujuk dapatan daripada The Real World Evaluation of Covid-19 Vaccination Under PICK (RECoVaM), pihak kementerian berkata, suntikan Pfizer pula mempunyai kemampuan mengurangkan risiko kematian sehingga 93%.

Dalam ciapan Twitter, ia berkata, vaksin AstraZeneca menunjukkan keputusan lebih baik, merekodkan kadar rendah “kematian selepas lengkap divaksin”, dengan kajian mendapati suntikan vaksin berkenaan mengurangkan risiko kematian pesakit Covid-19 sehingga 96%.

Kajian itu berdasarkan kaji selidik dilaksanakan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan membabitkan 1,261,270 individu.


Semalam, Pengarah ICR Dr Kalaiarasu Peariasamy berkata, kematian dalam kalangan individu lengkap divaksin atau “kematian selepas lengkap divaksin” hanya mewakili kurang 0.01% daripada 14.5 juta individu yang lengkap divaksin.

Daripada keseluruhan 14,500,984 individu lengkap divaksin yang dikaji selidik, 1,445 maut akibat Covid-19.

Picture
Data perubatan menunjukkan vaksin Sinovac (kanan) dan Pfizer mempunyai keberkesanan yang sama dalam melawan virus COVID-19.

Kalaiarasu berkata, angka kematian selepas lengkap divaksin membabitkan penerima Sinovac ialah pada kadar 0.015%, diikuti Pfizer, 0.005%; dan AstraZeneca, 0.002%.

Dalam kalangan 1,445 individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 walaupun sudah divaksin, 1,108 individu merupakan penerima Sinovac, 323 penerima Pfizer, manakala 14 lagi penerima vaksin AstraZeneca.


Dalam pada itu, daripada 14.5 juta individu lengkap divaksin, hanya 953 dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada itu, 799 sudah divaksin dengan Sinovac, 147 individu dengan Pfizer dan tujuh individu dengan AstraZeneca. – FMT

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.