Sempat ketuk tingkap minta tolong, Influencer mati jatuh dari tingkat 68

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Remi Lucidi mendaki pencakar langit di Eropah.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Pendaki pencakar langit Instagram Remi Lucidi terjatuh dan mati di Hong Kong

respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Remi Lucidi meninggal dunia selepas terjatuh daripada tingkat 68 bangunan Tregunter Tower yang dipanjat secara 'curi-curi' di Hong Kong. - Gempak (Foto ©INSTAGRAM: REMNIGMA)
Influencer yang terkenal menerusi kandungan selfie dengan aktiviti ekstrem termasuk memanjat bangunan-bangunan tinggi di seluruh dunia dilaporkan meninggal dunia kerana terjatuh daripada salah sebuah sebuah bangunan yang dipanjatnya.

Remi Lucidi yang menggunakan nama Remi Enigma di laman sosialnya meninggal dunia selepas terjatuh daripada tingkat 68 bangunan Tregunter Tower yang dipanjat secara ‘curi-curi’ di Hong Kong pada Khamis lalu.

Warganegara Perancis berusia 30 tahun itu didakwa kali terakhir dilihat oleh seorang pembantu rumah sewaktu mengetuk tingkap di sebuah penthouse untuk mendapatkan bantuan.

Namun Lucidi tidak dapat bertahan sewaktu pembantu rumah tersebut menghubungi polis untuk bantuan lalu terjatuh dari tingkat 68, lapor South China Morning Post.

Ironi Lucidi didakwa telah menipu pengawal keselamatan dengan memberitahu ingin bertemu seorang sahabat di tingkat 40. Namun CCTV kemudian ‘menangkap’ dia berada di tingkat 49 tanpa kebenaran sebelum tanpa diketahui telah berada di tingkat 68.

Mayatnya ditemui pihak polis di kawasan bangunan bersama kad pengenalan dan kamera namun pihak berkuasa tidak mendedahkan foto terakhir Lucidi.

Dalam kalangan pengikutnya di media sosial, Lucidi amat terkenal dengan aktiviti memanjat bangunan tinggi dan melakukan selfie tanpa memakai alat keselamatan.

Sebelum terjatuh daripada tingkat 68 tersebut, dia pernah mempamerkan aksinya memanjat bangunan tinggi lain seperti di Dubai, Paris dan Thailand.

Malah perkongsian terakhir Lucidi pada 24 Julai lalu mempamerkan foto panorama daripada tingkat tertinggi di Times Square Hong Kong. - Gempak

SOURCE: AWANI

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.