Tahniah PDRM! Berjaya berkas 5 Penjenayah di Kundasang Ranau

Tahniah PDRM! Berjaya berkas 5 Penjenayah di Kundasang Ranau

Penahanan suspek yang di ekori polis di kg Kundasang Ranau di syaki pengedar dadah dan Syabu sebentar tadi.

Penahanan beberapa suspek penjenayah ini juga dikaitkan dengan kes sindiket mencuri Nescafé yang berleluasa di Sekitar Pasaraya Peruncitan di Ranau termasuk Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dan G-Mart.

Antara Suspek ini Terlibat seramai 5 orang yang memegang passport dan seorang mempunyai status warganegara pemegang kad Pengenalan Tempatan.

Tahniah sekali lagi kepada PDRM Ranau kerana berjaya memberkas penjenayah-penjenayah yang kian berleluasa di daerah ini amnya Kundasang & Ranau.

Gejala-gejala tidak sihat ini harus dihentikan dengan pemantauan pihak berkuasa tempatan dan penduduk setempat itu Sendiri

Semoga penduduk tempatan setempat bersama-sama dengan pasukan keselamatan memerangi Jenayah dan jauhi segala aktiviti-aktiviti yang tidak sihat di Daerah ini.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.