Bakal ibu mentua Shila Amzah meninggal dunia

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Bakal ibu mentua Shila Amzah meninggal dunia.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Shila Amzah sedih bakal ibu mentua pergi enam hari sebelum majlis kahwin, sempat pesan jangan tangguh walau apa berlaku

respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Shila dan Ubai bakal teruskan majlis perkahwinan demi pesanan arwah ibu. (Foto ©mstar)
Kuala Lumpur : Tunang Shila Amzah yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ, 25, kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Rohani Jamal yang meninggal dunia pada jam 6.45 petang, hari ini.

Difahamkam, Allahyarham sebelum ini bertarung dengan penyakit barah dihidapinya. Malah, ketika majlis pertunangan Ubai dan Shila pada 27 Mei lalu, Allahyarham hadir dalam keadaan bersemamgat walaupun kurang sihat.

Ubai menerusi perkongsian berita sedih itu di Instagram mengakui dia kini berhadapan dengan dugaan berat dalam hidupnya kerana kehilangan ibu tersayang yang kini kembali kepada Allah SWT.
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Shila kenang semula kenangan peribadi bersama bakal ibu mentua. (Foto ©mstar)
"Salam semua, mak saya baru menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang tadi.

"Hilangnya doa seorang ibu. Beratnya dugaan ni untuk Ubai, tapi Ubai redha. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik, semua orang senang dengan mak. Ubai ingat semua pesan mak. Ubai tak pernah lupa.

"Terima kasih mak sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, untuk Ubai minta nasihat. Ubai janji akan jaga adik-beradik semua. Terima kasih mak. Ubai sayang mak sangat-sangat. Al Fatihah," tulisnya.

Kehilangan insan tersayang ini adalah kali kedua dialami Ubai sekeluarga pada tahun ini,

Terdahulu, pada 4 Mei lalu, Ubai kehilangan adik lelakinya, Allahyarham Muhammad Azrullah Mohd Zulkefli yang meninggal dunia akibat kemalangan.

Sementara itu, Shila, 33, pula pada perkongsian di Instagram mengucapkan terima kasih kepada arwah bakal ibu mentuanya itu di atas ruang masa yang sudah diberikan buat dirinya.
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Pesanan bakal ibu mentua akan tetap jadi ingatan Shila. (Foto ©mstar)
"Mak. Terima kasih atas pinjaman waktu ini mak.

"Lagi seminggu je mak. Selamat majlis Ubai dan Sha. Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.

"Sha sayangkan mak, Lillahitaala. Selamat pergi ke negeri abadi. Al Fatihah," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen di Instagram Ubai dan Shila, rata-rata dibanjiri ucapan takziah daripada rakan selebriti, kenalan dan pengikut mereka yang mendoakan kesejahteraan roh arwah agar dicucuri rahmat di sisi Allah.

Begitu juga Instagram Story masing-masing turut dikongsikan dengan ucapan takziah daripada rakan, kenalan dan saudara-mara masing-masing atas kehilangan dialami pasangan ini.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.