KEADAAN kereta dipandu mangsa yang melanggar belakang lori di Kilometer 312.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah, Perak, semalam. - IHSAN PDRM
Pemandu Toyota Hilux maut, rempuh belakang lori roti Gardenia
Seorang pemandu Toyota Hilux maut selepas kenderaan pacuan empat rodanya itu merempuh bahagian belakang sebuah lori Gardenia, malam tadi. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku pada jam 11 malam di Kilometer 312.2 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara.Akibat dari kemalangan itu, pemandu Hilux, Shaik Shafiq Shaik Abdul Halim, 31, parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati, lori Gardenia tersebut dipandu lelaki berusia 53 tahun dalam perjalanan ke utara. Tiba di lokasi kejadian, lori tersebut dilanggar dari bahagian belakang oleh Hilux berkenaan yang juga menuju ke arah yang sama.
Kemalangan itu menyebabkan mangsa yang beralamat di Perai, Pulau Pinang, parah dan meninggal dunia. Manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat hari ini selepas mendapat keputusan ujian Covid-19. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
SOURCE: Utusan
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date