Dakwa Segera Kumpulan Antivaksin – KJ

Picture
Terus sebar berita palsu, ancam kesihatan awam, KJ mahu tindakan segera terhadap antivaksin

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Khairy mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anti-vaksin yang "menjengkelkan"

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sudah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin yang didakwa terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan “menjengkelkan”.

Picture
Sebelum ini Khairy Jamaluddin berkata, kementeriannya sedang mengkaji dasar ujian saringan kebangsaan yang baharu untuk mengambil kira individu yang menolak vaksin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dalam hantaran di Twitternya memaklumkan, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan susulan, menyiasat dan mendakwa mereka yang tidak bertanggungjawab dengan segera.


“Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan,” katanya.

Khairy membalas hantaran pengguna Twitter, @DrSakinah3, yang mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil terhadap kumpulan antivaksin yang menyebarkan dakwaan palsu secara dalam talian.


“KKM sudah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin. Kami harap tindakan susulan, siasatan, pendakwaan dan lain-lain dapat disegerakan.

“Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan,” katanya menerusi Twitter, hari ini.



Beliau membalas ciapan pakar perubatan keluarga KKM, Dr Sakinah Sulong, yang mempersoalkan sama ada kumpulan antivaksin di negara ini kebal daripada tindakan pihak berkuasa berikutan masih bebas menyebarkan dakwaan dan berita palsu.

“Mantan Perdana Menteri, Presiden UMNO pun turun naik mahkamah, tapi antivaksin ini lebih hebat lagi. Petik nama menteri sesuka hati. Tabur fitnah sana, No Action (tiada tindakan). Sampai bila?” katanya.


Walaupun 95% individu dewasa dan 75.5% daripada jumlah penduduk sudah diberikan sekurang-kurangnya dos pertama mereka, masih terdapat sebahagian daripada komuniti yang menolak vaksin Covid-19.

Sebelum ini Khairy berkata, kementeriannya sedang mengkaji dasar ujian saringan kebangsaan yang baharu untuk mengambil kira individu menolak vaksin.

Picture
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang mengeluarkan amaran hari ini mengatakan bahawa sementara Kerajaan tidak mungkin mengeluarkan mandat persekutuan untuk menjadikan vaksinasi wajib, ia tidak akan mempermudah penolakan vaksin. - Gambar Bernama

Dalam hantaran berasingan, Menteri Kesihatan itu berkata, 5,410 dos penggalak diberikan setakat semalam, kebanyakannya kepada pasukan barisan hadapan.

“Warga emas akan mula menerima dos penggalak mereka di klinik perubatan am yang berdekatan tidak lama lagi,” katanya.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.