Pemegang rekod dunia mati dibunuh suami

Picture
Atlit jarak jauh Kenya, Agnes Jebet Tirop : Pemegang rekod dunia ditemui mati di kediaman di Kenya (Gambar fail: KARIM JAAFAR / AFP)

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Kes bunuh atlit Kenya Tirop: Polis buru suami dipercayai suspek utama

UNITED KINGDOM: Polis sedang memburu suami kepada atlit Agnes Tirop, 25 tahun, yang dipercayai melarikan diri selepas pemenang rekod dunia itu ditemui mati di kediamannya.

Ketua Polis Iten, Tom Makori memaklumkan, pihaknya sudah membuka kertas siasatan terhadap suami Tirop sebagai suspek utama berhubung kes pembunuhan itu, lapor BBC.


Tirop dilaporkan hilang oleh bapanya pada Selasa (12 Okt) sebelum polis menemui mayat mangsa di rumahnya.

"Apabila anggota polis tiba di rumah itu, mereka menemui mayat mangsa di atas katil.

Picture
Titop ketika menyertai Kejohanan Olahraga Dunia di Doha pada 2019. - Foto Astro ARENA

"Mangsa didapati telah ditikam di bahagian leher oleh senjata tajam seperti pisau dan kami percaya ini menyebabkan kematiannya.


"Suami mangsa masih belum dapat dikesan dan pencarian secara besar-besaran sudah dilancarkan dengan harapan dia dapat memberitahu apa yang berlaku ke atas Tirop," kata Encik Makori.

Polis sedang meneliti rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan.

Picture
Pemenang pingat gangsa, Agnes Jebet Tirop berada di podium acara 10,000m pada kejohanan Olaharaga Dunia IAAF 2019 di Stadium Antarabangsa Khalifa di Doha. - AFP

Tirop turut ditemui dengan kesan tikaman di bahagian perut, lapor BBC.

Pemenang pingat gangsa Kejohanan Olahraga mendapat tempat keempat dalam perlawanan akhir acara 5,000 meter di Temasya Olimpik Tokyo 2020.


Bulan lepalu, Tirop juga memecahkan rekod dunia dalam acara larian 10 kilometer wanita di Jerman.

- Agensi bertia/FZ/fz

SOURCE: mediacorp

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.