Anggota bomba yang tidak sedarkan diri dalam operasi menyelamat banjir Melaka semalam meninggal dunia
Melaka: Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras di Kampung Sungai Putat, meninggal dunia, awal pagi ini.
FOTO kejadian yang tular semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata, Mohd Diya Che Jusoh, 46, disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.
Mohd Diya dipercayai menyelamatkan penduduk Kampung Sungai Putat dari kediaman mereka, dia secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan jatuh ke perairan banjir setinggi semalam. - Gambar melalui Facebook
"Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 3.11 pagi tadi oleh pegawai perubatan.
"Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur Krubong, kira-kira 10 pagi nanti," katanya.
SEORANG anggota bomba lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Melaka.
Media sebelum ini melaporkan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras ketika membantu mangsa banjir.
Dia kemudian dilaporkan bergantung dengan alat bantuan pernafasan ketika menerima rawatan di hospital.
Ketika kejadian, anggota berkenaan memasang tali untuk menyelamatkan mangsa banjir.
Senyuman terakhir Sang Ayah, 'Tak sempat cakap apa-apa, dia pergi...'
"Saya sangkakan suami dapat diselamatkan, namun Allah lebih menyayanginya," kata Noraida Che Nor, isteri kepada arwah anggota bomba yang lemas dibawa arus deras dalam kejadian di Kampung Sungai Putat, di sini, semalam.
JENAZAH anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, 46, dibawa ke Tanah Perkuburan Masjid An-Nur, Krubong hari ini untuk dikebumikan, hari ini. FOTO Bernama
Kata ibu kepada empat anak itu, walaupun dimaklumkan suaminya berada dalam keadaan kritikal namun dia amat berharap suaminya dapat diselamatkan.
"Ketika saya tiba di hospital suami sudah tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
"Tidak dapat saya bercakap dengannya kerana ingatkan dia dapat diselamatkan," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, di sini, hari ini.
Menurut suri rumah itu, tiada sebarang perubahan ditunjukkan suaminya malah bersikap seperti biasa.
"Ketika keluar rumah semalam sebelum ke tempat kerja pun dia seperti biasa tetapi anak perempuan ada beritahu saya kenapa ayahnya selalu tersenyum dan tidak tegas seperti selalu.
"Malah, semalam arwah juga sempat membawa anak kedua kami ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima suntikan vaksin Covid-19," katanya.
Noraida berkata, suaminya yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun sebagai bomba ada berkongsi rasa gembira apabila dia dinaikkan pangkat baru-baru ini.
Allahyarham Mohd Diya meninggalkan empat cahaya mata Muhammad Daniel Hakime, 18, Nurul Ain Balqis, 16, Muhammad Danish Hakim, 12, dan Nurul Anisah Ilya, 9.
Jenazah Allahyarham Mohd Diya selamat dikebumikan
Melaka: Jenazah anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang lemas dibawa arus deras petang semalam, selamat dikebumikan, pagi ini.
JENAZAH Allahyarham Mohd Diya yang lemas susulan banjir kilat di Sungai Putat, diberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Krubong, Melaka. FOTO Syafeeq Ahmad.
Jenazah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Diya Che Jusoh, 46, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, di sini, pada jam 11.50 pagi.
Terdahulu, jenazah mangsa dimandi dan disembahyangkan di Masjid An-Nur Krubong sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Tan Sri Muhyididn Yassin menziarah balu Allahyarham Puan Noraida Che Nor dan empat orang anak Allahyarham yang berusia antara 18 dan 9 tahun.
Hadir memberi penghormatan terakhir adalah Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, Pengarah Bahagian Operasi JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad serta Pengarah Bomba Melaka, Abu Bakar Katain.
Jenazah ketika diusung ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong di sini pada Khamis. Gambar kanan: Allahyarham Mohd Diya
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran isteri arwah Noraida Che Nor bersama empat anak berusia antara sembilan hingga 18 tahun, ahli keluarga serta rakan setugas arwah.
PM ucap takziah kepada keluarga Mohd Diya
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga anggota bomba Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, yang meninggal dunia 3.11 pagi ini, ketika terlibat membantu mangsa banjir di Melaka.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri menerusi hantaran melalui Facebooknya juga mengucapkan takziah kepada seluruh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka di atas pemergian itu.
Jenazah Allahyarham Mohd Diya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, di sini, pada Khamis.
"Didoakan semoga tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh," katanya menerusi hantaran itu.
MOHD Diya meninggal dunia selepas lemas ketika operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh. Melaka. FOTO Ihsan FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Allahyarham Mohd Diya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, lemas selepas rebah ke dalam air banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh petang semalam, meninggal dunia awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, mangsa dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.
Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras separas dada orang dewasa, namun disedari anggota bomba lain yang turut berada di situ dan mengambil masa hampir 10 minit untuk membawa mangsa ke tempat selamat.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.