COVID-19: Israel kesan kes varian AY 4.2.
BAITULMAQDIS: Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan satu kes COVID-19 dikesan membabitkan subvarian Delta yang direkodkan di beberapa negara Eropah sebelum ini."Varian AY 4.2. yang pernah dilaporkan di beberapa negara Eropah, sudah dikesan di Israel," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, kelmarin.
Katanya, pembawa virus itu adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang tiba dari Eropah, dan kes dikesan di Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv.
Kementerian itu memaklumkan, kanak-kanak berkenaan telah dikuarantin dan tiada kontak lain dikenal pasti, setakat ini.
Jangkitan varian AY 4.2. sudah beberapa kali dikesan di United Kingdom (UK), sebelum ini.
Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett, mengadakan mesyuarat tergempar dengan pegawai Kementerian Kesihatan, semalam.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan pejabatnya, beliau turut mengumumkan Israel akan mengambil langkah untuk 'meneruskan pencapaian positif dalam usaha memerangi virus berkenaan.'
Bennett mengarahkan siasatan epidemiologi terhadap varian baharu itu dipertingkatkan, di samping menggesa supaya kerjasama diadakan dengan negara lain di mana subvarian itu pernah dikesan.
Dalam pada itu, perubahan terhadap syarat kemasukan bagi pelawat juga akan dipertimbangkan. - AFP
SOURCE: BH
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.