Ah Long salah simbah cat merah pada kereta milik seorang lelaki kerana anak jirannya adalah orang yang berhutang
Padawan: Angkara hutang anak jiran, seorang lelaki turut menjadi mangsa gangguan along apabila keretanya disimbah cat semalam.Kejadian disedari 5.05 pagi ketika isteri mangsa hendak ke tempat kerja dan mendapati Perodua Viva yang diletakkan di hadapan rumah di Taman Banjaran Serapi Jalan Sungai Tengah disimbah cat di bahagian bonet dan tayar depan.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20210926/whatsappimage2021-09-26at62718pm-side.jpeg
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, mangsa juga mendapati terdapat satu notis yang ditinggalkan di hadapan pintu pagar rumahnya yang menyatakan supaya membayar hutang.
"Hasil semakan oleh mangsa mendapati nama yang ditulis dalam notis berkenaan adalah anak kepada jirannya.
"Tempat kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi bebas yang melihat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Aidil berkata, mangsa telah dimaklumkan oleh jiran bahawa anak perempuannya berhutang dengan along melalui Facebook sebanyak RM300.
Katanya, hasil semakan lanjut, anak jiran mangsa itu juga sudah membuat laporan polis pada 13 September lalu kerana cermin rumah dipecahkan dan disimbah cat merah manakala pagar rumah dikunci.
Kereta mangsa (kanan) yang disimbah cat. Notis yang ditinggalkan. FOTO MELVIN JONI
"Kejadian dipercayai dilakukan oleh along kerana jiran mangsa pernah membuat pinjaman wang sebanyak RM300 namun tidak lagi mampu membuat bayaran kerana diminta membayar sehingga RM8,600," katanya.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Pinjam RM300 bayar RM8,600, wanita dibelenggu hutang along
Seorang wanita bukan sahaja dibelenggu hutang along tetapi juga menerima gangguan daripada pemberi pinjaman wang tidak berlesen itu.Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, mangsa berusia dalam lingkungan lewat 20-an merupakan seorang suri rumah tampil membuat pada 14 September lalu setelah rumahnya disimbah cat merah.
"Mangsa memberitahu sekitar jam 11.30 malam pada 13 September lalu semasa dia berada di rumah mendapati cermin rumahnya telah dipecahkan dan juga disimbah dengan cat merah serta pagar rumahnya telah dikunci.
"Mangsa mengesyaki perbuatan ini dilakukan oleh along kerana dia pernah membuat pinjaman wang dalam talian (online) melalui Facebook sebanyak RM300 namun mangsa tidak lagi mampu membuat bayaran kerana along tersebut meminta mangsa membayar sehingga RM8,600," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, jelas Aidil, mangsa tampil membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga serta tindakan selanjutnya.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 29B (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan jika disabit dengan kesalahan, akan didenda maksimum RM250,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya dan sebatan jika dilakukan buat kali kedua," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam untuk tidak membuat pinjaman secara dalam talian melalui Facebook kerana pemberi pinjam wang tidak berlesen atau along ini menjalankan aktiviti mereka dengan berlindung di belakang syarikat pemberi pinjam wang berlesen.
Dedahnya lagi, kebanyakan iklan memberi pinjaman wang secara dalam talian adalah tidak wujud.
"Jika ingin membuat pinjaman, orang awam disarankan untuk pergi ke institusi bank atau syarikat pemberi pinjam wang berlesen," ujarnya.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.