Akibat sering bergosip, lelaki campur cecair pembasmi kuman dalam botol air rakan sekerja

Picture
Dilip Kumar Gobind merasakan rakannya itu bergosip terlalu banyak, dan menambahkan pembersih tangan ke dalam botol airnya sebagai prank untuk "membersihkan mulutnya". - AGENSI

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Bekas pegawai keselamatan didenda RM13,925 kerana meletakkan pembersih tangan di air rakan sekerja sebagai gurauan semata-mata.

SINGAPURA: Seorang bekas pengawal keselamatan berusia 49 tahun dikenakan denda sebanyak S$4,500 (RM13,925) kerana bertindak mencampurkan cecair pembasmi kuman ke dalam botol air rakan sekerjanya.


Lapor Today Online, Dilip Kumar Gobind berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana mahu ‘membersihkan mulut rakan sekerjanya’ yang sering bergosip mengenai orang lain.

Picture
Dilip Kumar Gobind bekerja shift malam di sebuah kondominium di Bedok pada April tahun lalu ketika dia melakukan kesalahan itu.ST FOTO: KELVIN CHNG

Katanya, dia berbuat demikian sekadar gurauan.

Rakyat Singapura itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan perbuatan dengan penggunaan bahan berbahaya yang boleh mencederakan Rozanah Yassin.


Dilaporkan, kedua-dua individu itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di kondominium Laguna Green di Bedok.

Ketika kejadian, Rozanah sedang melakukan rondaan dan selepas kembali ke pondok kawalannya, dia meminum air dari botolnya.

“Dia kemudian menyedari air botol minumannya mempunyai rasa pembasmi kuman yang kuat dan bertindak meludah keluar.


“Rozanah turut berasa sakit tekak dan memaklumkan perkara itu kepada pengurusnya,” jelas laporan itu.

Selepas memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak pengurusan mendapati Dilip telah mencampurkan cecair pembasmi kuman dalam botol air Rozanah.


Mangsa kemudian membuat laporan polis selepas kejadian itu.

Ketika perbicaraan mahkamah, Dhilip mengakui dia kesal dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi. – AGENSI

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.