Gempa bumi 6.0 skala Richter landa Melbourne, Australia

http://beritaup2date.blogspot.com/ BETTY's BURGERS di Chapel Street, Prahran adalah salah satu bangunan yang runtuh sebahagiannya dengan rakaman yang tersebar dalam media sosial menunjukkan batu-bata bertebaran di atas jalan raya.-AGENSI
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Gempa bumi berukuran 6.0 landa Australia

AUSTRALIA: Melbourne dan sebahagian kawasan Victoria dilanda gempa bumi 6.0 skala Richter awal pagi tadi sehingga menyebabkan banyak bangunan mengalami kerosakan.


Gempa bumi melanda kawasan Geelong sehingga Gippsland dan gegaran turut dapat dirasakan sehingga ke Canberra, lapor The Age.
Picture
Tiada ancaman tsunami dikeluarkan untuk seluruh Australia, kata Biro Meteorologi Kebangsaan negara itu dalam satu kenyataan.

Jabatan Geosains Australia memaklumkan gegaran gempa bumi berlaku di Mansfield, sekitar 180 kilometer timur laut Melbourne, dengan kedalaman 10 kilometer, kira-kira pukul 9.15 pagi waktu tempatan. Perkhidmatan Kecemasan Negeri menerima laporan kerosakan bangunan di seluruh Melbourne.


Pihaknya mendapat tiga panggilan dari Kensington termasuk Flemington, Brunswick, Ascot Vale, Maidstone, Northcote, Parkdale, Prahran dan West Melbourne.
Picture
Pegawai polis menutup satu persimpangan di mana serpihan runtuhan berserakan selepad gempa merosakkan sebuah bangunan di Melbourne pada 22 Sep 2021. (Gambar: AP)

Ahli Sains Geologi dari University of Melbourne, Mark Quigley berkata, gegaran berlaku dalam 5.5 hingga 5.8 skala Richter.
Picture
Pekerja kecemasan meninjau kerosakan di Melbourne, Australia, di mana serpihan tersebar di jalan setelah sebahagian tembok jatuh dari bangunan semasa gempa bumi pada hari Rabu (22 Sept). - Foto AP

“Ia disebut sebagai magnitud momen yang menjelaskan berapa banyak tanah bergerak. Gegaran kuat berterusan berlaku selama kira-kira 10 saat,” katanya.


Betty’s Burgers di Chapel Street, Prahran adalah salah satu bangunan yang runtuh sebahagiannya dengan rakaman yang tersebar dalam media sosial menunjukkan batu-bata bertebaran di atas jalan raya.

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.