Polis Tunggu Laporan Kandungan Telefon Bimbit Alladin, Pedofilia Paling Dikehendaki Dunia

http://beritaup2date.blogspot.com/ Alladin (tengah) mengaku bersalah atas 18 tuduhan menganiaya 5 budak lelaki dan dijatuhkan hukuman 18 tahun, penjara enam bulan dan 15 sebatan rotan.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Alladin merupakan antara 10 pesalah pedofilia utama yang amat dikehendaki di dunia.

Dipetik daripada laporan Utusan Borneo Polis Sarawak dijangka akan mendapat laporan penuh dari Jabatan Forensik Bukit Aman berhubung kandungan telefon bimbit milik lelaki pedofilia Alladin Lamin, seawal bulan hadapan.

Melakukan serangan seksual ke atas sekurang-kurangnya 34 kanak-kanak

Sebelum ini, Alladin Lamin telah diberkas dan disabitkan di mahkamah Kuching kerana telah melakukan serangan seksual ke atas sekurang-kurangnya 34 kanak-kanak dalam lingkungan usia 2 tahun sehingga 16 tahun.
Picture
Polis Tunggu Laporan Kandungan Telefon Bimbit Alladin, Pedofilia Paling Dikehendaki Dunia

Suspek dipercayai mengumpan mangsanya iaitu kanak-kanak dengan membenarkan mereka bermain permainan video (game) di telefon bimbitnya selepas itu suspek menyuruh mangsa menonton video berbentuk pornografi.

Laporan dijangka akan didapati pada bulan hadapan


Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, beliau turut memberitahu pihaknya akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya sebaik sahaja laporan tersebut diterima nanti.


“Buat masa ini kita masih menunggu lagi laporan forensik daripada Bukit Aman dan selepas mendapatkan ia nanti, maka kita akan merujuk kepada pendakwa raya untuk tuduhan.

“Kita jangkakan akan dapat laporan tersebut pada bulan hadapan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian hari ini.
Picture
Dengan menggunakan profil dalam talian tanpa nama, lelaki Malaysia berusia 40 tahun itu dikatakan telah berkongsi bahan penderaan kanak-kanak secara dalam talian sejak 2007. Foto: Fernando Macias Romo / iStock / Getty Images​ - Vice.com

“Seramai lima kanak-kanak telah membuat laporan polis terhadap suspek setakat ini.

Adalah amat penting untuk mengetahui kandungan telefon bimbit suspek

Tambah beliau lagi, ianya adalah penting untuk mengetahui kandungan telefon bimbit suspek untuk pihak polis mengenalpasti kanak-kanak yang menjadi mangsa suspek.


“Kita difahamkan juga, mangsa adalah kanak-kanak yang tinggal kawasan kejiranannya, termasuk anak-anak pekerja ladang sawit berdekatan dan kebanyakannya lelaki,” kata beliau.


Alladin kini sedang menjalani hukuman penjara selama 48 tahun, 6 bulan dan 15 sebatan atas 18 pertuduhan 16 dan 17 Ogos lalu. Hukuman tersebut dijatuhkan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017(Akta 792).


Tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Seksual Penderaan dan Kanak-kanak (D11) selepas suspek didapati memiliki ribuan bahan pornografi kanak-kanak di telefon bimbitnya. Suspek ditangkap dengan kerjasama daripada D11 Bukit Aman, JSJ Polis Sarawak bersama Polis Australia.

SOURCE: IloveBorneo

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.