Membimbangkan, 67 Kanak-kanak Meninggal Akibat Covid-19! KKM Jangka 80% Lengkap Divaksinasi Menjelang 2022
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak akibat COVID-19 sejak Januari lalu hingga semalam, berbanding enam kematian pada 2020.Justeru, katanya, KKM menyasarkan 60 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang November ini, dengan 80 peratus daripadanya layak mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.
"Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sudah memberi kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun dan ke atas untuk divaksinasi.
"Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi pendidikan masing-masing dan melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.
"Seperti ubat-ubatan lain, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan sampingan yang pada kebiasaannya adalah ringan dan pulih dalam masa yang singkat.
"Namun, KKM ingin menegaskan bahawa faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan akibat jangkitan COVID-19 itu," katanya hari ini.
Terdahulu, program 'Kick-Off' PICK Remaja dimulakan hari ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah.
Beliau berkata, institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar melalui portal vaksinanakku.herokuapp.com bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk remaja berada di institusi berkenaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) manakala remaja di luar institusi, pendaftaran melalui MySejahtera diperlukan.
Antara perlu diambil perhatian selepas mendapat suntikan vaksin ialah kemungkinan sakit atau bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil dan demam.
"Ibu bapa perlu mengawasi gejala awal seperti sakit dada, sukar bernafas dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan, selain mengawasi anak supaya tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi," katanya.
SOURCE: BH
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.