Polis mencadangkan kajian semula pengeluaran lesen memandu kepada warga emas

Picture
Pengeluaran LKM kepada warga emas wajar dihadkan - PDRM

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Picture
Hadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas - PDRM

Kuala Lumpur: Hadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas.


Itu cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada kerajaan susulan banyak faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, keadaan kesihatan tubuh badan juga menjadi antara faktor kemalangan.

Picture
Azisman (tengah) ketika bercakap pada sidang akhbar khas di Bukit Aman.

Azisman berkata, penyakit seperti alzheimer dan masalah mata akan dihadapi warga emas apabila mencapai usia lanjut.


"Secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya dan terdapat kes sebelum ini seorang warga emas memandu kenderaan dengan memasuki lorong motosikal," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Picture
'Hadkan pengeluaran lesen memandu untuk warga emas'

Menurutnya, warga emas juga perlu menjalani pemeriksaan doktor dan mendapat surat pengesahan bahawa mereka sihat untuk memandu.

Picture
AZISMAN pada sidang media khas penguatkuasaan trafik di Bilik Mesyuarat gerakan JSPT, Bukit Aman. FOTO Hazreen Mohamad

"Kerajaan perlu meneliti dan mengkaji berhubung pengeluaran lesen memandu kepada golongan warga emas.

"Jika seseorang warga emas berusia 70 tahun memperbaharui lesen memandu bagi tempoh lima tahun ia tidak sesuai sama sekali kerana faktor usia," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan beliau turut mencadangkan kepada kerajaan agar mengeluarkan satu polisi untuk motosikal yang berkuasa rendah tidak mengeluarkan bunyi bising.

Katanya polisi berkenaan diperlukan kerana rata-rata motosikal berkuasa rendah diubahsuai sehingga mengeluarkan bunyi bingit dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.