Kes Pertama Jangkitan Varian Lambda Dikesan Di Jepun

Selepas Delta, Kini dunia bakal dihantui dengan Kemunculan Lambda Sebagai Varian Baharu COVID-19



Varian Lambda virus Covid-19 yang pertama kali dikesan di Peru kini ditemui di Jepun, kata pegawai kementerian kesihatan negara itu pada Jumaat, menurut The Japan Times.

Varian tersebut dikesan pada seorang wanita berusia 30-an di Lapangan Terbang Haneda sekembali dari Peru pada 20 Julai lalu, menurut kementerian itu.

Wanita itu diuji positif virus tersebut semasa berada dalam pemeriksaan kuarantin di lapangan terbang, dengan tiada simptom dikesan.

Virus tersebut dipastikan sebagai varian Lambda berdasarkan analisis oleh Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit.

Menurut institut itu, varian lambda pertama kali dikesan di Peru Ogos tahun lalu dan telah merebak di Amerika Selatan.


Jepun Sahkan Jangkitan pertama Varian lambda
Berbanding strain biasa, varian ini mungkin lebih mudah berjangkit dan mempunyai kadar kerintangan lebih tinggi terhadap vaksin, namun maklumat lanjut belum diketahui, kata institut itu.

Sementara itu, varian delta sedang mengganas di seluruh dunia, dengan negara-negara Asia bergelut apabila virus itu kembali.

Hanya tahun lalu apabila rantau Asia Pasifik dilihat dapat membendung penularan wabak ini menyebabkan mereka dicemburui dunia pada ketika virus mengganas di Amerika Syarikat dan Eropah.

Kini, dari Seoul ke Sydney, Bangkok ke Beijing, pihak berkuasa terpaksa mengetatkan semula perintah pergerakan memandangkan kadar vaksinasi rendah di banyak tempat mendedahkan penduduk mereka kepada risiko jangkitan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.