Jakarta: Sungguh memalukan, sebuah majlis akad nikah di Indonesia bertukar kecoh apabila pengantin lelaki disepak bakal bapa mentuanya.
Rakaman video berdurasi satu minit 41 saat itu yang dimuat naik menerusi akaun Facebook, Ansar Blur dan diulang tonton hampir 2,000 kali.
Pada mulanya, acara akad nikah itu berlangsung lancar dengan penghulu yang mengetuai majlis berkenaan yang dilaporkan berlangsung di Oimbo, Kota Bima, Nusa Tenggara Barat.
Kejadian itu bermula ketika giliran bapa pengantin wanita membacakan istigfar dan syahadah apabila seorang lelaki tiba-tiba menyebut perkataan 'bote' yang membawa maksud monyet dalam bahasa Bima.
Tindakan itu mencetuskan reaksi daripada pihak keluarga pengantin lelaki dengan kedengaran suara kemarahan seorang wanita.
"Apa lagi masalahnya ini, hormatilah kami sebagai keluarganya.
"Tak elok masalah ini didengari," katanya dalam bahasa Bima.
Ia menyebabkan bapa pengantin wanita bangun dan menyepak pengantin lelaki hingga terkena wajahnya.
Tidak cukup itu, bapa pengantin wanita sekali lagi mahu menyerang menantunya, namun berjaya dileraikan.
Sementara itu, Ketua Polis Kota Bima, Henry Novika Candra mengesahkan kejadian dalam video itu berlaku pada 14 Ogos lalu.
Katanya, kes berkenaan diserahkan kepada pihak Polis Rasanae Barat untuk siasatan lanjut.
"Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mencari motif dan kertas siasatan dibuka di bawah Jabatan Siasatan Jenayah," katanya dalam portal Detik.com
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date