Azizulhasni Sujud Syukur, Dapat Berita Isteri Mengandung Anak Ketiga

Dalam momen penuh emosi tadi, satu khabar tak terduga ‘dihadiahkan’ kepada Azizulhasni apabila isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat kini sedang mengandung anak ketiga mereka.



Jaguh trek Datuk Azizulhasni Awang, hari ini telah membawa khabar gembira kepada rakyat Malaysia apabila berjaya menghadiahkan perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020.

Azizulhasni dalam satu sesi temubual bersama Astro Arena tak dapat membendung air mata ketika menceritakan dugaan dan tekanan yang dihadapinya sepanjang saingan Olimpik Tokyo 2020 ini.

Kata Azizulhasni kepada Astro Arena, sukar untuk beliau meninggalkan isteri bersama anak-anaknya di Melbourne, Australia. Tambah sebak lagi, Azizulhasni menerima khabar bahawa bapa tercinta di tanah air sedang bergelut dengan penyakit mild stroke.

Dalam momen penuh emosi tadi, satu khabar tak terduga ‘dihadiahkan’ kepada Azizulhasni apabila isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat kini sedang mengandung anak ketiga mereka.

Azizulhasni terus sujud syukur apabila mendengar berita gembira yang disampaikan oleh wartawan, Bazly Azmi selepas acara penyampaian pingat sebentar tadi.


Tahniah Pocket Rocketman!

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.