Kapal Firaun 4,600 tahun dialihkan ke muzium

Proses pemindahan Kapal solar Firaun Khufu menuju Muzium Besar Mesir (GEM) di pinggiran Kairo, Mesir. Foto/Egyptian Ministry of Antiquities



KAHERAH: Mesir memindahkan kapal solar Firaun Khufu yang masih kekal utuh sejak 4,600 tahun lalu yang akan dilancarkan di muzium terbesar di negara itu.

Lapor Daily Mail, kapal solar itu sebelum ini dikebumikan di sebelah ruang perkuburan kerajaan dengan mempercayai ia akan membawa mereka yang sudah meninggal dunia ke hari akhirat.

Piramid Besar Kaherah juga dikenali sebagai Piramid Cheops adalah yang terbesar dari tiga piramid di Giza yang menempatkan makam Khufu yang dimakamkan pada 2,566 sebelum Masihi.

Kapal itu ditugaskan oleh Khufu yang merupakan seorang raja Dinasti Keempat yang memerintah semasa Kerajaan Kuno.

Kapal solar itu merupakan satu kebanggaan kerana merupakan artifak organik terbesar dan tertua yang dihasilkan daripada kayu dalam sejarah manusia.


Ribuan tahun pun tak mereput, Power teknologi orang dulu-dulu
Kapal itu berukuran 42 meter panjang dan seberat 20 tan.

Kapal itu ditemui pada 1954 di sudut selatan Piramid Besar dipamerkan selama beberapa dekad di muzium Giza Plateau.


KAPAL SOLAR FIRAUN KUFU BERUSIA 4,600 TAHUN DIPINDAHKAN KE MUZIUM
Muzium Grand Egyptian yang dibina selama 17 tahun mengandungi lebih 100,000 artifak ketika dibuka.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.