Setiausaha Wanita Umno Rosni Sohar letak jawatan ahli lembaga pengurusan PTPTN

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Rosni Sohar menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan PTPTN atas kerjasama yang baik. 



KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Rosni Sohar mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli lembaga pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa semalam.

Rosni yang juga setiausaha Wanita Umno dalam kenyataan berkata keputusan itu selaras peletakan jawatan Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang diputuskan dalam MKT pada 3 Ogos lepas.

Pada 6 Ogos lalu Noraini mengumumkan peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

“Saya sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno turut setia dan patuh atas ketetapan yang telah dibuat oleh pihak parti,” katanya.

Rosni turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan PTPTN atas kerjasama yang baik.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.