Seorang penduduk Rohingya Islam, Mohammad Rafique (dua dari kanan), merayu kepada seorang pegawai Pengawal Pantai Bangladesh supaya tidak menghantar keluarganya pulang ke Myanmar di Shahporir Dwip, Teknaf, Bangladesh.
Sumber dedahkan pembunuhan besar-besaran etnik Islam bakal dilaksanakan. Kerajaan Myanmar didakwa melakukan persediaan bagi menghapuskan penduduk Rohingya Islam di negara ini, sebelum bancian penduduk Myanmar 2014 dijalankan pada 30 Mac hingga 10 April depan.
Sekiranya dilaksanakan, rancangan pihak berkuasa Myanmar itu bakal menyerupai penghapusan kaum yang dijalankan tentera Bosnia Serbia di Srebrenica dan Zepa ketika Perang Bosnia 1992-1995.
Kira-kira 800,000 penduduk Rohingya Islam kini dilaporkan tinggal di Myanmar, dengan 90 peratus daripadanya kini berada di barat negara tersebut.
Myanmar tidak menganggap etnik itu sebagai warganegara, malah penduduk Rohingya sering berhadapan dengan kekejaman yang disokong oleh kerajaan sejak tahun 1978 lagi.
Dalam kejadian pada 18 Januari lalu, pasukan keselamatan yang dikenali sebagai Lun Htein memusnahkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh 4,000 orang penduduk Rohingya Islam di Maungdaw, Rakhine.
Keganasan etnik ke atas penduduk Rohingya biasanya dilakukan oleh penganut agama Buddha.
Pada tahun 2012, perbalahan agama yang berlaku di negeri Rakhine mengakibatkan lebih 200 orang terkorban, kebanyakannya adalah penduduk Islam Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan, manakala 140,000 orang lagi hidup melarat tanpa tempat perlindungan.
Kerajaan Myanmar turut menolak perbincangan berkaitan isu etnik Rohingya pada persidangan pertama menteri-menteri luar ASEAN yang akan diadakan di negara ini pada 28 Mac depan.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.