GAMBAR yang disiarkan dalam Facebook Kelab Che Det ini menunjukkan TUN Dr. Mahathir Mohamad adalah antara yang melawat Dr. Haron Din di IJN, Kuala Lumpur.
Keadaan kesihatan Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam dilaporkan stabil.
Satu sumber memberitahu, beliau berada dalam stabil dan sedarkan diri dan bukannya kritikal seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak.Dalam pada itu, menurut status yang dimuat naik di laman facebook 'Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official)' 22 jam lalu, keadaan beliau beransur pulih tetapi masih mendapatkan rawatan kerana kesihatan yang sedikit terganggu.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin yang melawat Haron di IJN hari ini.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.