TERKINI! Tiga suspek bunuh guru SK Kundasang ditahan


Tiga suspek bunuh guru ditahan

Tiga lelaki berusia 17 hingga 28 tahun ditahan tengah malam tadi bagi membantu siasatan kes bunuh guru Masina Samadi, 50, di perumahan pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd Kundasang, Ranau, Jumaat lalu.

K
etua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, semua suspek akan direman hari ini.

"Siasatan awal menunjukkan semua suspek adalah rakyat tempatan.


"Dengan penahan tiga individu ini, polis merumuskan kes bunuh tersebut dapat diselesaikan," katanya di sini, hari ini.


Bagaimanapun tiada maklumat lanjut berhubung lokasi sebenar suspek ditahan.


Jumaat lalu, mangsa ditemui maut dengan kesan luka di bahagian belakang kepala mangsa di ruang tamu rumahnya.

Kickbola.net PASUKAN polis tidak membenarkan orang awam memasuki lokasi kejadian ketika anggota forensik mengumpulkan bukti.

Baca : Terkini! Kematian guru di Kundasang dipercayai dibunuh kenalan mangsa - PDRM

LAGI : Guru wanita dirompak ditemui mati di kuarters penempatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang.

LAGI : Luahan Hati penduduk Kundasang Bila Guru Sekolah Dibunuh.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.