Salasilah Keturunan dan warisan kekayaan YB Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Salasilah Keturunan dan warisan kekayaan DS Najib
SALASILAH KETURUNAN DAN WARISAN KEKAYAAN DATO SERI NAJIB RAZAK.

Selama ini sedarkah kita yang Dato Sri Mohd Najib Tun Razak bukan dari keturunan Dr Gigi yg kaya setelah menjawat Perdana Menteri ke-4.

Sebaliknya Dato Sri Najib dari keturunan orang kaya Yang Berhormat Tan Sri Haji Mohamed Noah bin Orang Kaya Omar. 



Siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah?

Tan Sr noah merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama (1 September 1959 - 29 Februari 1964)

Yang Dipertua Dewan Negara yang ketiga (24 Februari 1969 - 28 Julai 1970)

Menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Johor Bahru Timur, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957.



Mengikut salasilah, Tan Sri Noah berasal daripada sebuah keluarga yang sejak turun-temurun bergelar "Orang Kaya" yang menjaga dan mentadbir daerah Padang, Muar.

Bapanya, Orang Kaya Omar dan datuknya Orang Kaya Junid merupakan "Orang Kaya" yang terbilang dan berpengaruh pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (1862-1895). Gelaran "Orang Kaya" dikurniakan kepada seseorang rakyat untuk menjadi wakil Sultan menjaga keamanan dan mentadbir daerahnya.

Datuk beliau, Orang Kaya Junid, berasaI daripada zuriat seorang kerabat Raja Chempa Bugis yang berkerajaan di daerah Bukit Makmur (Bukit Mor), Muar, Johor.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Maimun binti Haji Abdul Manaf (anak Kadi Daerah Muar) pada Julai 1922. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak, 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki. 

Anak-anak mereka bernama Suhailah Mohamed Noah, Rahah Mohamed Noah, Datin Fakhriah dan Abu Rais (gelaran Atan). Tun Suhailah Mohamed Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Hussein Onn (1976-1981)

Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976) (AYAH KEPADA DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK. Manakala Datin Fakhriah Mohamed Noah pula adalah isteri kepada Dato' Abdullah Ahmad, bekas Yang di-Pertua, Majlis Bandaran Johor Bahru.


Dari salasilah ini membuktikan Dato' Sri Najib bukan orang sebarangan. Kekayaan dari warisan moyangnya mampu memberi kehidupan selesa.




KETURUNAN ORANG KAYA INDERA 
SHAHBANDAR PAHANG



Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10, Tun Haji Abdul Razak bin YDH Dato' Hussein mengiringi KDYMM Almarhum Sultan Abu Bakar menghadiri Majlis Mesyuarat Negeri Pahang pada 2 Februari 1955

Susunan susur galur salasilah keturunan Orang Kaya Indera Shahbandar YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib seperti berikut :

1. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-11, YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak

2. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10, YDH Tun Haji Abdul Razak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, Dato' Hussein

3. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, YDH Dato' Hussein bin Awang Muhammad Taib (gambar atas)

4. Awang Muhammad Taib bin Tuan Hakim Haji Andak

5. Tuan Hakim Haji Andak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6, Hussain

6. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6 YDH Hussain bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5, Jahidin @ Chalidin

7. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5 YDH Jahidin @ Chalidin bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3, Bediman

8. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3 YDH Bediman bin Orang Kaya Indera Shahbandar 1, Tondek @ Tunduk

* Gelaran turun-temurun keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib ini pernah terputus kerana jatuh ke tangan Che Osman, yang merupakan anak kepada Imam Perang Indera Mahkota Gendut. Namun gelar tersebut dikembalikan semula pada tahun 1930 kepada jalur keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib (rujuk Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, hlm. 5).

Salasilah Orang Kaya Indera Shahbandar YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib Berketurunan Bugis

Menurut YM Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail, keturunan Bugis Dato' Sri Haji Mohd. Najib adalah dari Che Embong yang berkahwin dengan Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5, YDH Jahidin @ Chalidin. Che Embong binti Orang Kaya Indera Shahbandar ke-2, YDH Jenal yang berkahwin dengan Che Mas binti Tok Pondek bin Tok Pongkeng bin Tok Tuan @ Karaeng Aji @ Karaeng Agang Jene Mohammad Nasiruddin bin La Pattau Arumpone Bone bin Sultan Abdul Jalil Tumenanga Ri Lakung Raja Gowa 19 bin I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

Jika merujuk pula kepada buku tulisan Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, dinyatakan pula bahawa Dato' Hussein (ayahanda Tun Abdul Razak) berasal dari keturunan To' Tuan, seorang bangsawan Bugis yang datang ke Pahang pada tahun 1772 dan berkahwin dengan seorang gadis Pahang. To' Tuan menetap di Pahang dengan membuka perusahaan tenun sutera.

Cicit perempuan To' Tuan iaitu To' Mas telah berkahwin dengan To' Bandar Jenal (Orang Kaya Indera Shahbandar ke-2) iaitu anak kepada To' Tondek (hlm. 5). Bonda kepada Tun Abdul Razak pula iaitu Teh Fatimah binti Daud (gambar sebelah) merupakan keturunan Sultan Hasanuddin yang memerintah Sulawesi pada pertengahan kurun ke-17 (rujuk lawatan Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak ke Ujung Pandang, Sulawesi pada 2 Mei 1972).

Selain itu, disebut juga susur galur keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib dari keturunan bangsawan Johor – Bugis yang berhijrah ke Pahang dalam kurun ke-18. Justeru tidak hairanlah tatkala Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak belayar menggunakan K.D Hang Tuah ke Sulawesi pada tahun 1972, beliau telah disambut sebagai wira. Ketika itu beliau telah dianugerahkan gelaran bangsawan Bugis, La Tatta Ambralla Daeng Manesa (Perkasa, Pahlawan, Tetap Sekali, Teguh Pendirian dan Laksamana), dipakaikan songkok kehormatan tertinggi Bugis, disisipkan keris pusaka bersalut emas berusia 200 tahun dan dihadiahkan sebuah kapal layar Bugis (penisi) dengan kemampuan muatan 70 tan (rujuk Zainudin Maidin, Tun Razak : Jejak bertapak Seorang Patriot, hlm. 56).

(rujuk : http://pancapersada.blogspot.com/2009/09/sejarah-tenunan-sutera-pahang.html).

http://pancapersada.blogspot.my/2010/05/keturunan-orang-kaya-indera-shahbandar.html?m=1


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.