Suami isteri jual bayi demi beli iPhone 14

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Hanya kerana ingin membeli iPhone 14, sepasang suami isteri sanggup menjual bayi mereka yang berusia 8 bulan.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Demi Nak Beli Iphone 14, Pasangan Suami Isteri Sanggup Jual Bayi Sendiri

NEW DELHI: Sepasang suami isteri di Bengal Barat, India ditahan kerana menjual bayi lelaki mereka berusia lapan bulan demi membeli telefon pintar iPhone 14 untuk merakam video ketika melancong.

Media tempatan melaporkan, pasangan itu terlalu taksub dengan model terbaharu Apple sehingga sanggup menjual anak kecil mereka untuk mendapatkan peranti itu.

Tingkah laku Jaydev dan Sathi Ghosh menarik perhatian jiran mereka yang menetap di North 24 Parganas apabila pasangan itu membeli iPhone 14 dan pergi melancong untuk merakam video.

Sebelum ini, pasangan itu dikatakan mengalami masalah kewangan untuk menjalani kehidupan.

“Jadi, perubahan drastik itu menyebabkan jiran pasangan itu mengesyaki sesuatu yang tidak kena.

“Malah, mereka mula curiga selepas menyedari kehilangan bayi pasangan itu secara misteri namun Jaydev dan Sathi tidak menunjukkan rasa bimbang,” jelas laporan itu.

Jiran pasangan itu melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kehilangan anak kecil tersebut selepas gagal mendapat penjelasan sebenar daripada Jaydev dan Sathi.

Ketika siasatan polis, Sathi mengaku menjual bayinya kepada seorang wanita agar dia dan suaminya boleh membeli iPhone 14 dan merakam video melancong sekitar Bengal untuk dimuat naik dalam laman Instagram.

Polis berjaya menyelamatkan bayi itu daripada seorang wanita dikenali sebagai Priyanka Ghosh yang tinggal di kawasan Khardah.

Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tujuh tahun dan didakwa cuba menjual kanak-kanak itu, namun tidak berjaya.

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.