Bekas pramugari rupanya 'ibu ayam'

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Võ Thị Mỹ Hạnh selepas ditangkap oleh polis pada Rabu, mereka mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 30 wanita terbabit dalam kegiatan itu.
(📸 ©Media Vietnam)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Rantaian seks pramugari yang menyaksikan kru kabin menawarkan hubungan seks dengan harga £2,000 semalam telah ditumpaskan selepas 3 pramugari ditangkap di atas katil bersama lelaki di hotel Vietnam

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Vo Thi My didakwa menyasarkan pramugari dan model tempatan yang mahu pendapatan tambahan semasa mereka singgah di Vietnam.
(📸 ©Agensi)
Bekas pramugari di Vietnam berhenti kerja untuk menjalani kehidupan mewah sebagai 'ibu ayam' sepenuh masa dengan menawarkan khidmat layanan intim wanita termasuk kru kabin pada bayaran sehingga 2,000 pound sterling (kira-kira RM11,645) semalam.

The Sun melaporkan, Vo Thi My Hanh, 26, bekerja untuk syarikat penerbangan Vietnam Airlines sebelum dia menjadi individu utama dalam rangkaian pelacuran.

Wanita itu dilaporkan akan menghantar gambar 'anak ayamnya' dalam pakaian seragam syarikat penerbangan kepada pelanggan.

Lelaki yang berminat akan memindahkan wang kepada Vo Thi My Hanh yang kemudiannya mengatur pertemuan antara lelaki dan kru kabin. Kru itu kebanyakannya adalah bekas rakan sekerjanya dan gadis dari syarikat penerbangan lain.

Dia didakwa menyasarkan pramugari dan model tempatan yang mahu pendapatan tambahan semasa mereka singgah di Vietnam.

Bagaimanapun, selepas ditangkap oleh polis pada Rabu, mereka mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 30 wanita terbabit dalam kegiatan itu.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
AKTIVITI pelacuran yang menyasarkan pramugari dan model tempatan yang mahu pendapatan tambahan semasa mereka singgah di Vietnam terbongkar selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah hotel di Vietnam.
(📸 ©Agensi)
Kebanyakannya adalah pramugari, yang sudah melalui temu duga untuk memastikan mereka cukup cantik dan mempunyai fizikal sesuai untuk bekerja di syarikat penerbangan.

Sasaran pelanggan adalah golongan kaya dari seluruh dunia yang sanggup membayar jumlah besar untuk mendapatkan perkhidmatan itu.

Vo Thi My Hanh didakwa akan menerima 230 pound sterling (kira-kira RM1,339) sebagai bayaran untuk setiap tempahan.

Dia mengenakan bayaran 700 pound sterling (kira-kira RM4,076) kepada lelaki untuk sesi 90 minit dengan gadis itu, atau 2,000 pound sterling (kira-kira RM11,645) untuk sesi bermalam.

Akaun media sosialnya, yang mempunyai sehingga 300,000 pengikut, menunjukkannya dia pernah bekerja sebagai kru kabin dengan Vietnam Airlines, mengalu-alukan pelanggan dan tetamu kenamaan (VIP).

Dia juga menyiarkan gambarnya di atas kapal layar dan tinggal di destinasi mewah di seluruh dunia, yang diandaikan polis sebahagian daripada muslihat untuk menarik wanita lain ke dalam gaya hidupnya.

Media tempatan melaporkan kebanyakan pelanggannya dari Hanoi, Ho Chi Minh dan Wilayah Ba Ria-Vung Tau.

Mereka akan berhubung melalui laman sosial dan Vo Thi My Hanh akan mengatur perkhidmatan yang akan disediakan di hotel dan resort.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.