PRN Selangor: Azmin Ali bertanding DUN Hulu Kelang

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
MOHAMED Azmin Ali diumum calon bagi kerusi DUN Hulu Kelang. - UTUSANSHIDDIEQIIN ZON.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


'Memang asal tak mahu tanding, tetapi akur kehendak parti' - Azmin

PETALING JAYA: Datuk Seri Azmin Ali mendedahkan pencalonannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Klang adalah mengikut kehendak Presiden BERSATU yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
MOHAMED Azmin Ali diumum calon bagi kerusi DUN Hulu Kelang. - UTUSANSHIDDIEQIIN ZON.
Beliau yang juga Pengerusi PN Selangor berkata, memang pada asalnya beliau tidak mahu bertanding di kerusi berkenaan.

"Tetapi berdasarkan situasi semasa parti memberikan pandangan supaya saya mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dan sebab itu saya akur dengan arahan Presiden (Muhyiddin) serta ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

"Maka saya terima (pencalonan) ini dengan penuh tanggungjawab dan akan sedaya upaya bekerja kuat bagi memastikan PN menang di Selangor," katanya selepas Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Padang Taman Medan, di sini hari ini.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Mohamed Azmin Ali. (Gambar fail: Azmin Ali/Facebook).
Sebelum ini Azmin memaklumkan tidak bertanding dalam PRN dan mahu memberi laluan kepada calon muda yang berpotensi dalam PN untuk bertanding dan akan terus memberikan khidmat sumbangan kepada gabungan parti politik itu

Ketika ditanya mengenai pengesahan beliau sebagai calon Menteri Besar, Azmin berkata PN mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan kepada masalah rakyat terlebih dahulu seperti ditegaskan oleh Muhyiddin.

"Itu harus jadi keutamaan kita bukannya kuasa atau kedudukan, jadi untuk kita boleh laksanakan dasar peduli rakyat atau prihatin rakyat kita harus menang dalam pilihan raya ini.

"Maka itulah arahan yang diberikan kepada semua calon dan jentera supaya berikan tumpuan dalam pilihan raya ini untuk mendapat sokongan rakyat dan menang dengan jumlah yang cukup bagi membolehkan pembentukan sebuah kerajaan negeri," katanya.

Azmin nafi ‘lari tinggalkan’ DUN Bukit Antarabangsa

Mengenai dakwaan beliau 'lari' dari Bukit Antarabangsa, Azmin berkata Ulu Kelang adalah kerusi pertamanya sebelum mendapat mandat rakyat pada 1999.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Bekas Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri itu pernah menjadi ADUN Hulu Kelang pada 1999 namun tewas pada 2004 kepada calon BN. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON.
"Ketika saya menjadi Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal, Ulu Kelang masih sebahagian daripada Parlimen berkenaan. Jadi tidak timbul saya lari dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

"Sebagai pemimpin, kita harus bersedia memberikan khidmat di mana jua yang diperlukan oleh rakyat," katanya.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.