
Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg
PETALING JAYA: Abdul Malik Dasthigeer, atau lebih dikenali sebagai “Dato Malik” telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.Abdul Malik Dasthigeer dikenali kerana membawa masuk artis dari India untuk membuat persembahan konsert Tamil di Malaysia.
Sumber yang rapat dengan individu itu berkata, dia ditahan awal pagi ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
“Dia masih disoal siasat SPRM dan masih belum dibebaskan,” kata sumber itu.
Sumber dari SPRM turut mengesahkan perkara itu, sambil berkata Malik sedang disoal siasat oleh pegawai agensi antirasuah itu
Malik ialah pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, yang terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution.
Beliau dikenali kerana membawa masuk artis dari India untuk membuat persembahan konsert Tamil di Malaysia.



“Op 82S merupakan kes pertama dijalankan di bawah pasukan petugas MATF yang dipengerusikan Peguam Negara,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.
Menurut Azam, kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.
Operasi itu turut dijalankan dengan kerjasama polis, imigresen, kastam, Bank Negara (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan CyberSecurity Malaysia (CSM).
SOURCE: FMT
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date