Baddrol Bakhtiar calon DUN dalam Parlimen Sungai Petani

Baddrol dalam sidang medianya semalam – Foto Ihsan MAHA

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Baddrol masih berteka-teki, beri bayangan akan terus aktif sebagai pemain bola sepak

Freddy Adu Baddrol Bakhtiar
Tonggak Sabah FC Baddrol Bakhtiar memberi bayangan bahawa perlawanan bertemu Sri Pahang FC di Stadium Likas malam tadi bukan perakhiran dalam karier bola sepaknya.

Malah bekas pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC itu menyatakan akan terus bermain dan aktif sebagai pemain bola sepak.
Baddrol
Baddrol bersama rakan sepasukan selepas tamat perlawanan semalam – Foto Ihsan MAHA
“Pertamanya saya bersyukur pada malam ini (semalam) kami Sabah FC berjaya meraih tiga mata yang penting dan perlawanan terakhir saya pada malam ini adalah satu kemenangan yang tidak akan saya lupakan dan satu ‘moment’ indah yang saya terima di sini.

“Jadi malam ini (semalam) adalah bukan perlawanan terakhir saya dalam karier bola sepak, saya tetap akan bermain selepas ini tetapi saya ada satu misi yang saya ingin lunaskan. Saya juga mengharapkan penyokong Sabah FC mendoakan kejayaan saya selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sabah FC berjaya menewaskan Sri Pahang FC 4-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam tadi.

Pemain berusia 35 tahun yang telah membuat 41 penampilan dan berjaya menjaringkan 13 bersama Sabah FC berkata, beliau atau pihak pengurusannya akan memaklumkan dalam masa terdekat hala tujunya selepas perlawanan semalam.

“Mungkin dalam masa terdekat saya atau pun pihak pengurusan akan mengumumkan ke mana arah tuju saya selepas perlawanan malam ini,” katanya.

Picture
Baddrol menerima cenderamata daripada CEO Sabah FC Ahmad Marzuki dan turut disertai Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee – Foto Ihsan MAHA

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pengalaman selama dua tahun di Sabah, Baddrol mengakui ianya satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan

Beliau juga terharu melihat pelbagai kaum dan turut dikelilingi sahabat serta rakan dan pemain yang baik sepanjang berada di negeri ini.

“Saya perlu berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC dan jurulatih yang banyak membentuk pasukan ini.

“Jadi saya mengharapkan perjuangan skuad Sabah FC dapat diteruskan lagi ke tahap lebih tinggi membawa nama Sabah FC ke tahap yang begitu gah lagi dan saya mendoakan kejayaan di AFC nanti,”katanya.

Sementara itu, CEO Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir, berkata pihak pengurusan dan peminat Sabah FC mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti Baddrol selama kira-kira dua tahun berada di Sabah.

“Beliau telah menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi untuk membawa Sabah bermain ke peringkat yang lebih baik lagi.

“Buat masa ni saya dan Datuk Ong Kim Swee masih berbincang untuk calon pengganti Baddrol tetapi setakat ini belum ada lagi,” katanya.

Khabar angin mengatakan Baddrol mungkin bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah bulan depan selepas dipilih sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN).

Spekulasi itu timbul sejurus Sabah FC mengeluarkan kenyataan mengenai pengunduran Baddrol daripada pasukan berkenaan pada Jumaat lalu. – SABAH MEDIA

Picture
BADDROL akan bertanding di kawasan yang akan memberi kelebihan kepadanya. FOTO NSTP


Kuala Lumpur: Bekas pemain Kedah dan Sabah, Baddrol Bakhtiar kemungkinan besar akan bertanding di 'gelanggang' politik di Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Sungai Petani.

Hal ini kerana, pemain berusia 35 tahun itu berasal dari Parlimen berkenaan sekali gus menyaksikan dia berpeluang untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber, antara DUN yang dikaitkan dengan Baddrol adalah kawasan Pantai Merdeka, Bakar Arang dan Sidam.

"Tiga DUN berkenaan mungkin diisi oleh Baddrol berdasarkan kepada kawasan berkenaan yang majoritinya adalah pengundi Melayu dan kubu kuat bagi PN.

"Sudah pastinya, Baddrol akan bertanding di kawasan yang akan memberi kelebihan kepadanya. DUN dalam Parlimen Sungai Petani sudah tentu sesuai kerana dia juga berasal dari kawasan itu," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa Baddrol kemungkinan besar akan bertanding dalam PRN atas tiket PN.

Walaupun ketika ini tiada pihak yang membuat pengumuman rasmi berkaitan perkara itu namun menurut sumber dalam PN memaklumkan kepada Arena Metro bahawa bekas pemain kebangsaan itu akan mewakili parti berkenaan untuk bertanding pada bulan depan.

Mengikut rekod, Baddrol mengikut jejak langkah bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Kedah Radhi Mat Din diumumkan calon PAS bagi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.