Wanita akan kahwini lelaki yang menikamnya sebanyak 16 kali

Wanita di Asahan sempat viral ditikam pacar sampai 16 kali, kini minta kekasihnya dibebaskan

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Ingat Wanita Asahan Ditikam Pacar 16 Kali? Minta Kekasih Dibebaskan, Sebut Cekcok Biasa, Mau Nikah

ASAHAN, Sumatera Utara: Walaupun hampir maut kerana ditikam sebanyak 16 kali, namun seorang wanita, Eka Wahyu Lestari, 23, membuat keputusan untuk berkahwin dengan teman lelaki yang menikamnya itu.

Eka berkata, dia dan lelaki berkenaan Fika Andrean Banjarnahor, 21, teman lelaki yang tergamak menikamnya 16 kali merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Baddrol
Eka Wahyu Lestari
Katanya, dia merasakan Andrean tidak ada niat untuk membunuh dan menjelaskan kejadian itu berlaku disebabkan pertengkaran antara mereka.

“Sebenarnya dia tidak ada rancangan pembunuhan atau dia ingin membunuh saya. Itu hanyalah pertengkaran biasa. Biasalah orang berpacaran ada bertengkar, selisih paham sehingga kami bergaduh di dalam kereta itu, jadi terjadilah pertengkaran yang membuat terluka satu sama lain,” ujar Eka seperti yang dipetik dari Detikcom.
Baddrol
Pria di Asahan tega tikam pacarnya sendiri sebanyak 16 kali (HO)
Dia menolak dakwaan pergaduhan itu terjadi karena dia meminta wang daripada Andrean untuk menggugurkan kandungan.

“Itu tidak benar ya,” katanya.

Eka menyebut luka tikaman yang didapatnya telah dirawat dam seetelahnya dia dibenarkan pulang ke rumah persoalan itu telah dibincangkan dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Kami juga pihak keluarga dengan keluarga juga sudah berdamai, saya lagi mengurus penarikan balik laporan supaya dia dapat dibebaskan karena kami punya rancangan menikah,” katanya.

“Sebenarnya kami sudah menjalani hubungan yang serius ingin menikah. Jadi tinggal menunggu proses perdamaian saja untuk membebaskan dia,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan Eka mengalami kecederaan selepas ditikam 16 kali oleh teman lelakinya.

Anehnya, pelaku yang secara bertubi-tubi menikam teman wanitanya itu tiba-tiba tesedar melihat mangsa yang terkulai dan kerana merasa kesian dengan kondisi Eka, pelaku meminta maaf dan mengantarkannya pulang ke tempat kerjanya.

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.